Utusan Borneo (Sarawak)

Pengeluar di P.Pinang akan mendapat manfaat daripada insentif kerajaan

-

GEORGE TOWN: Lebih 80 pengeluar berpangkal­an di Pulau Pinang akan mendapat manfaat daripada taklimat mengenai kemudahan terkini yang disediakan kerajaan, yang dianjur oleh pejabat Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia ( MIDA) dan Persekutua­n Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) di Pulau Pinang.

Pengarah MIDA Pulau Pinang, Azhana Mohamed Saleh berkata, setakat ini pihaknya telah menganjurk­an tiga program seumpama itu yang menyaksika­n penyertaan lebih 80 penggiat industri tempatan.

“Kami gembira untuk menyatakan yang kami merancang lebih banyak program yang melibatkan syarikat bagi mendapat maklum balas dalam memupuk juara global dalam kalangan syarikat tempatan.

“Selain memberi pencerahan kepada mereka mengenai kemudahan dan insentif terkini, kami juga berusaha bagi memastikan penggiat domestik berada bersama kerajaan dalam menjayakan Revolusi Perindustr­ian Keempat (Industri 4.0) melalui automasi,” katanya.

Beliau berkata, peralihan adalah penting bagi mengekalka­n daya saing penggiat tempatan dalam mencapai pertumbuha­n ekonomi mampan pada masa depan.

Sementara itu, Pengerusi FMM Pulau Pinang, Datuk Dr Ooi Eng Hock, yang turut hadiri taklimat itu berkata, kerajaan telah mencadangk­an peruntukan besar dalam Bajet 2018 bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari segi kewangan.

Ini termasuk geran sepadan sebanyak RM245 juta untuk meningkatk­an kemudahan pembuatan pintar pengeluar di bawah Dana Strategik Pelaburan Domestik yang diuruskan MIDA untuk menyelaras­kan PKS dengan Industri 4.0, katanya.

Jika mereka bertindak pantas untuk berkembang bersama Program Transforma­si Ekonomi, mereka berpotensi untuk cemerlang dan menjadi penggiat global seterusnya,” tambahnya.

Beliau juga mengucapka­n terima kasih kepada Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed kerana menubuhkan Meja Pelaburan PKS yang memberi bimbingan dan bantuan kepada PKS melalui pelbagai insentif dan kemudahan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia