Utusan Borneo (Sarawak)

Pemimpin Islam harus teladani keperibadi­an Rasulullah: Awla

-

KUCHING: Keperibadi­an sederhana namun bersifat cermat dan bijaksana jelas merupakan teladan terbaik untuk kita teladani seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan dihayati sekalian pemimpin Islam di Batang Sadong.

Demikian kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan Awla Dris ketika membacakan teks ucapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri adalah khusus dalam meraikan kepelbagai­an budaya tanpa mengetepik­an nilai-nilai Islam yang bersifat menyeluruh.

“Dalam hal ini, setiap dari kalangan kita harus memainkan peranan dalam membantu menyelesai­kan masalah dan cabaran yang dihadapi rakyat tanpa membezakan warna kulit dan agama. Bantulah setiap lapisan masyarakat seadil-adilnya.

“Sesungguhn­ya, perpaduan itulah kunci kepada kejayaan rakyat dan negara ini.

“Maka bagi mereka yang mempunyai jawatan dalam masyarakat di peringkat akar umbi, jadikanlah peranan dan tanggungja­wab itu sebagai amanah daripada Allah SWT, yang harus dilaksanak­an,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Perarakan Maulidur Rasul Peringkat DUN Simunjan, Sabtu lalu.

Beliau turut menyatakan harapan agar semangat muafakat umat Islam di sini kekal utuh. Silaturahi­m yang terjalin hendaklah dijaga dan dilindungi selain menjauhi sifat hasad dengki dan prasangka buruk yang boleh meruntuhka­n silaturahi­m itu.

Justeru, tema sambutan Maulidur Rasul tahun ini ‘ Kesatuan Ummah Kesejahter­aan Negara’ harus dihayati sebaiknya, tegasnya kemudian.

Katanya juga, perpaduan di Sarawak sentiasa ada pada rakyatnya dan sering men- dapat pujian orang luar yang kagum dengan cara rakyatnya mengamalka­n kebudayaan yang berbeza tetapi tetap harmoni sehingga bandar raya Kuching mendapat pengiktira­fan sebagai Bandar Raya Perpaduan.

“Kita juga berasa amat bangga dengan terbinanya Jambatan Darul Hana barubaru ini, yang bermaksud tempat atau kawasan kediaman yang aman dan harmoni atau ‘Home to Peace and Tranquilit­y’.

“Jambatan ini merupakan lambang keharmonia­n penduduk yang berbilang kaum dan agama di negeri ini, yang menyatukan ummah daripada kedua-dua seberang sungai.

“Inilah keunikan kita, kerana dalam arus kemodenan, kita tidak lupa dengan adat resam kita yang menyatukan ummah. Oleh itu, adalah penting untuk kita bersamasam­a mengekalka­n nikmat perpaduan yang ada pada hari ini,” ujarnya.

 ??  ?? ZIARAH KASIH: Norah bersama penerima bantuan pada Program Ziarah Kasih dan Sembang Warung anjuran Jabatan Penerangan Sarikei semalam.
ZIARAH KASIH: Norah bersama penerima bantuan pada Program Ziarah Kasih dan Sembang Warung anjuran Jabatan Penerangan Sarikei semalam.
 ??  ?? PERARAKAN: Awla (dua kanan) turut sama dalam perarakan Maulidur Rasul Peringkat DUN Simunjan, Sabtu lalu.
PERARAKAN: Awla (dua kanan) turut sama dalam perarakan Maulidur Rasul Peringkat DUN Simunjan, Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia