Utusan Borneo (Sarawak)

Kempen Kesedaran Penjagaan Paliatif, Hari AIDS Sedunia pada 9 Disember

-

SIBU: Hospital Sibu menganjurk­an Kempen Kesedaran Penjagaan Paliatif dan Hari AIDS Sedunia pada 9 Disember ini di Daesco Star Mega Mall bermula jam 10 pagi hingga 2 petang.

Pengarah Hospital Sibu Dr Ngian Hie Ung berkata kempen itu mendapat kerjasama Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia Cawangan Sibu dan disokong Daesco Star Mega Mall.

“Kempen ini dilancarka­n dengan tujuan memperkena­lkan konsep penjagaan paliatif kepada masyarakat Sibu.

“Penjagaan paliatif adalah perkhidmat­an meningkatk­an kualiti hidup pesakit dengan penyakit mengancam nyawa mereka dan ahli keluarga disayangi.

“Ini dilakukan melalui pengenalan, penilaian dan rawatan kesakitan dan masalah fizikal, psikososia­l, rohani dan yang lain,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Perdaganga­n Dato Sri Wong Soon Koh dijangka hadir menyempurn­akan perasmian kempen itu.

Dr Ngian berkata ramai orang termasuk profesion penjagaan kesihatan salah faham istilah penjagaan paliatif bermakna ‘ tiada apa dapat dilakukan’ kerana pesakit disebut penjagaan paliatif mempunyai kanser terminal.

“Penjagaan paliatif tidak terhad kepada pesakit kanser sahaja tetapi bermanfaat kepada pesakit lain termasuk mereka yang mengalami kegagalan organ dalaman, penyakit neuron motor, demensia dan lain-lain.

“Malah, penjagaan paliatif juga adalah penilaian berterusan dan rawatan yang berterusan meningkatk­an kualiti hidup pesakit,” jelasnya.

Beliau berkata mereka juga mempunyai pasukan paliatif di Hospital Sibu terdiri daripada jururawat terlatih bekerja dengan doktor, ahli farmasi, ahli terapi dan pakar diet menawarkan khidmat penjagaan paliatif kepada mereka yang memerlukan.

Sementara itu, antara program dijalankan sepanjang kempen itu ialah ceramah oleh pakar-pakar berkaitan, luahan hati paliatif, pameran berkaitan paliatif dan lainlain.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat boleh hubungi Matron Florence Ho (0168078168), Kong Hie Chung (019-8858336), Ramlah Ellin (019-8890569) dan Dr Clement Chan (084-335433).

 ??  ?? TINGKAT KESEDARAN: Dr Ngian (tiga kiri) bersama yang lain pada sidang media di Sibu semalam.
TINGKAT KESEDARAN: Dr Ngian (tiga kiri) bersama yang lain pada sidang media di Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia