Utusan Borneo (Sarawak)

Barang kes judi siber RM1.16 juta dilupus guna kaedah hijau

-

KOTA KINABALU: Sebanyak 5,544 barang kes berkaitan perjudian siber di Kota Kinabalu bernilai kira-kira RM1,160,000 akan dilupuskan menggunaka­n kaedah hijau atau mesra alam.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata semua barang kes itu dirampas antara 2006 hingga 2015 melibatkan 96 kertas siasatan yang telah selesai proses mahkamah.

“Barang-barang kes ini telah disenaraik­an sebagai bahan buangan terjadual mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kerana mempunyai ciriciri kebolehnya­laan (boleh terbakar), boleh menghakis, boleh bertindak balas dan toksik kepada manusia dan alam sekitar.

“Ini sesuai dengan konsep ‘Go Green’ yang diamalkan oleh Polis Diraja Malaysia selama ini dan prosedur pelupusan selaras dengan pekeliling Ketua Pengarah Alam Sekitar,” katanya pada sidang akhbar mengenai pelupusan barang kes itu.

Ramli berkata proses pelupusan barang kes itu akan dilakukan di sebuah syarikat yang berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) iaitu TPort Electrical dan Electronic Sdn Bhd di Shah Alam.

Katanya, penghantar­an barang kes ke syarikat itu akan dilaksanak­an oleh sebuah lagi syarikat yang berdaftar den- gan JAS iaitu NCT Forwarding and Shipping Sdn Bhd.

Beliau berkata Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah memandang serius dan tidak akan berkomprom­i dengan sebarang kegiatan perjudian, termasuk perjudian siber.

Sementara itu, Pengurus Perniagaan dan Pembanguna­n syarikat NCT, Ng Vui Chuan (lelaki) berkata barang kes yang akan dihantar ke Shah Alam seberat kira-kira 10 tan.

Katanya, proses pelupusan di syarikat T-Port melibatkan pengasinga­n bahan yang boleh dikitar semula, manakala bahan toksik akan dilupuskan dengan kaedah mesra alam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia