Utusan Borneo (Sarawak)

Hatrik Perisic letakkan Inter di puncak Serie A

-

MILAN: Ivan Perisic meletakkan Inter Milan yang belum kalah di tempat teratas Serie A kelmarin dengan hatrik dalam kemenangan 5-0 ke atas Chievo, selepas pembabitan Gennaro Gattuso bersama AC Milan bermula dengan tandukan penjaga gol Alberto Brignoli memberikan mata pertama kepada Bevenento dalam Serie A.

Perisic dari Croatia membuka pesta gol di San Siro selepas 23 minit dan menambah dua lagi pada separuh masa kedua manakala kapten Inter Mauro Icardi menjadikan­nya 16 gol bagi musim ini tujuh minit sebelum waktu rehat dan pemain pertahanan Mian Skriniar menjumpai jaring pada minit ke-60.

Inter bimbingan Luciano Spalletti merupakan satu-satunya pasukan yang belum tewas dalam liga sekarang selepas 15 perlawanan, setelah Napoli tewas 1-0 di stadium sendiri kepada juara bertahan Juventus pada Jumaat lepas.

Inter menduduki tempat teratas Serie A buat pertama kali sejak Januari 2016, satu mata di hadapan Napoli dan dua di atas Juventus, yang memburu kejuaraan liga ketujuh-tujuh berturut-turut dan melayan kunjungan Inter pada Sabtu ini.

“Ia tidak penting siapa yang menjaringk­an gol, hanya pasukan yang penting, kami sudah menunggu sekian lama untuk tempat pertama, sekarang kami mesti kekal, kami akan pergi ke Turin untuk menang ke atas Juve,” kata Perisic.

“Ia bukan perlawanan kejohanan tetapi kami mahu cuba membawa pulang tiga mata seperti dalam semua perlawanan,” ujar Spalletti.

“Tetapi kami sudah menunjukka­n kami ada jati diri dan pemain yang setara dengan mereka, jadi ia pasti cabaran yang hebat.”

Walaupun tanpa pemainpema­in penting seperti Roberto Gagliardin­i, Matias Vecino dan Joao Miranda, Inter ternyata cekap ketika mereka menentang Chievo.

Icardi menduduki tempat teratas carta penjaring gol tetapi Perisic juga yang mencuri tumpuan pada malam perlawanan di mana penyokong Inter meraikan dua perayaan selepas AC Milan melepaskan mata ketika menentang kelab tercorot Benevento.

Penjaga gol Brignoli merampas satu mata sulung bagi Benevento dalam Serie A dalam masa tambahan untuk merosakkan penampilan pertama Gattuso dan mencetuska­n kegembiraa­n bagi pasukan tuan rumah dan penyokong mereka selepas keputusan seri 2-2 yang mengujakan.

Ketika pasukan tuan rumah ketinggala­n satu gol dan memasak 10 pemain Milan untuk bertahan ketika mereka memburu gol penyamaan, Brignoli, yang dipinjamka­n dari Juventus, menanduk masuk tendangan percuma Danilo Cataldi lima minit dalam masa kecederaan untuk menamatkan rekod kekalahan kelab selatan itu.

Benevento mengatasi siri kekalahan pembukaan Manchester United bagi 12 perlawanan berturut-turut, satu rekod bagi lima liga tertinggi di Eropah yang ditubuhkan 87 tahun lalu, pada 19 November lepas, dan mempunyai kosong mata selepas 14 perlawanan sebelum perlawanan menentang Milan.

“Seseorang dari bangku pemain menyuruh saya untuk naik ke atas, kami tidak akan rugi apa-apa, saya melakukan lompatan dan saya menutup mata saya,” kata Brignoli.

“Ia adalah perasan sangat kuat yang tidak dapat digambarka­n. Saya mengabadik­an gol itu kepada semua orang yang menjalani impian yang mereka harap akan menjadi lebih baik.

“Kami sudah tewas dalam begitu banyak perlawanan yang tidak wajar pada akhirnya, walaupun dengan Juventus, untuk sekali ini, selepas pengorbana­n selama tiga bulan oleh semua orang, ia adalah menyeronok­kan untuk dapat bergembira.”

Giacomo Bonaventur­a memburu jaringan untuk Milan selepas 38 minit di Stadio Vigorito, sebelum George Puscas menyamakan kedudukan untuk Benevento lima minit selepas waktu rehat.

Penyerang Croatia Nikola Kalinic meletakkan semula Milan di hadapan tujuh minit kemudian tetapi Alessio Romagnoli dibuang dari padang bagi layangan kad kuning kedua, yang memaksa pasukan pelawat bermain kurang seorang pemain dalam masa 15 minit terakhir.

Namun pada saat-saat akhir Brignoli melompat paling tinggi untuk menanduk masuk tendangan percuma terakhir yang mendesak.

“Ia mungkin tidak begitu sakit untuk mengalami luka tikaman berbanding gol itu,” kata Gattuso, yang mengambil alih tugas pada pertengaha­n minggu lepas setelah Vincenzo Montella dipecat ketika juara Eropah sebanyak tujuh kali itu menduduki tempat kelapan, jauh di bawah cita-cita pemilik baharu mereka dari China untuk bermain dalam Liga Juara-Juara. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? SENTUHAN PEMUSNAH: Perisic (kanan) melepaskan rembatan melepasi pemain pertahanan Chievo untuk menjaringk­an gol kelima Inter di Stadium San Siro, Milan Ahad lepas.
— Gambar Reuters SENTUHAN PEMUSNAH: Perisic (kanan) melepaskan rembatan melepasi pemain pertahanan Chievo untuk menjaringk­an gol kelima Inter di Stadium San Siro, Milan Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia