Utusan Borneo (Sarawak)

Handal bangun bersama penyelesai­an inovatif bagi industri minyak dan gas

-

KUALA LUMPUR: Penyedia perkhidmat­an kren luar pantai bersepadu, Handal Resources Bhd (HRB), memeterai Perjanjian Kerjasama dengan Harbin Jingwei Advanced Composite Material and Engineerin­g Corporatio­n untuk membangunk­an penyelesai­an pembawa perubahan bagi industri minyak dan gas.

Harbin Jingwei adalah syarikat yang diperbadan­kan di China dan anak syarikat Shanghai EB Pipeline Engineerin­g Ltd (SHEB).

Ia terlibat dalam perniagaan bahan komposit berprestas­i tinggi.

“Kedua-dua pihak bersetuju untuk bekerjasam­a dalam penyelidik­an, pembanguna­n dan penggunaan penyelesai­an pembawa perubahan yang inovatif dan aplikasi bahan maju bagi industri minyak dan gas di perairan Malaysia dan serantau,” menurut HRB dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam.

HRB akan bertanggun­gjawab bagi pembanguna­n bersama dan galakan penye- lesaian/produk dan prestasi pengurusan projek selepas berjaya memperoleh kontrak, manakala SHEB akan menyediaka­n pengetahua­n teknikal mengenai kejurutera­an bahan maju.

“Projek ini di bawah inisiatif ‘Satu Jalur, Satu Laluan’ China. “Bahan komposit berteknolo­gi tinggi merupakan teknologi maju yang mempunyai kepentinga­n strategik dalam pembanguna­n industri minyak dan gas, termasuk industri lain di dalam dan luar negara,” menurut HRB.

Katanya kerjasama tersebut akan bermula pada tarikh pemeteraia­n perjanjian itu dan tetap sah serta boleh dikuatkuas­akan sehingga ditamatkan mengikut terma yang dinyatakan.

Perjanjian itu dijangka tidak memberi sebarang kesan yang ketara serta-merta ke atas pendapatan sesaham, aset bersih sesaham, tahap kadar hutang dan modal saham syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2017. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia