Utusan Borneo (Sarawak)

MEMPERSIAP JENTERA PASUKAN

Skuad Sarawak mula latihan pramusim bagi mengharung­i Liga Perdana musim depan

- Oleh Mohd Shafik Ahmad

KUCHING: Skuad Sarawak kini dalam proses mempersiap jentera pasukan bagi mengharung­i kempen Liga Perdana musim depan dengan latihan pramusim bermula semalam.

Fasa awal itu turut melibatkan sesi pemilihan pemain- pemain baharu bagi mengisi slot yang ditinggalk­an beberapa pemain musim ini selepas tamat kontrak dan berhijrah ke pasukanpas­ukan lain.

Pada sesi latihan di Padang C, Petra Jaya di sini semalam membabitka­n 30 pemain termasuk pemain- pemain Sarawak FA musim ini.

Selain itu, seramai 12 orang pemain tempatan beraksi dalam kempen Piala Sarawak 2017 turut menyertai kem latihan di bawah bimbingan ketua jurulatih baharu Sarawak, Ia n A ndr e w Gillan.

Peng endal i dari Aust r al iaitu dibantu penolong jurulatih, Pengiran Bala dan Mohd Safri Amit dalam sesi pemilihan tersebut sebelum melengkapk­an senarai akhir pemain yang bakal menyarung jersi Sarawak musim depan. Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak ( FAS), Datuk Posa Majais sebelum ini mengesahka­n cadangan untuk menggunaka­n sepenuhnya tenaga tempatan dalam saingan Liga Perdana 2018.

Bagaimanap­un, katanya, keputusan menggunaka­n tanpa khidmat pemain- pemain import itu belum muktamad.

“Keputusan FAS menggunaka­n 100 peratus pemain tempatan untuk musim depan tanpa mengira kancah pertanding­an yang akan disertai bukanlah keputusan muktamad.

“Ini merupakan langkah berani yang terpaksa diambil oleh kami pengurusan FAS baharu sejak musim ini,” katanya dalam kenyataan rasmi November lalu.

Menurut Posa, pengambila­n pemain-pemain import hanya akan dipertimba­ng- kan jika terdapat keperluan ketika jendela perpindaha­n dibuka.

Beliau berharap langkah tersebut akan membuka peluang kepada barisan pemain tempatan berusaha lebih gigih mewakili pasukan bola sepak Sarawak di peringkat kebangsaan.

Meskipun menyedari saingan Liga Malaysia semakin kompetitif, tindakan FAS tidak mendapatka­n khidmat pemain import turut mendapat reaksi penyokong di laman sosial yang kurang berpuas hati dengan pendekatan baharu itu.

Keputusan FAS menggunaka­n 100 peratus pemain tempatan untuk musim depan tanpa mengira kancah pertanding­an yang akan disertai bukanlah keputusan muktamad. Datuk Posa Majais Presiden FAS

 ??  ??
 ??  ?? LATIHAN: Ian ketika mengetuai sesi latihan pramusim dan pemilihan skuad Sarawak musim 2018 di Padang C, Kuching semalam.
LATIHAN: Ian ketika mengetuai sesi latihan pramusim dan pemilihan skuad Sarawak musim 2018 di Padang C, Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia