Utusan Borneo (Sarawak)

WARGA EMAS MAUT DIPERCAYAI TERJUN BANGUNAN

-

KUCHING: Polis masih menjalanka­n siasatan berhubung kematian seorang wanita warga emas yang dipercayai terjun dari tingkat enam sebuah rumah pangsa di Jalan Ban Hock di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 8.15 pagi dan beberapa anggota dari Balai Polis Padungan bergegas ke tempat kejadian.

“Siasatan awal polis mendapati mangsa dipercayai terjun dari tingkat enam bangunan tersebut dan didapati juga tiada sebarang unsur jenayah dikaitkan dalam kes ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurutnya, mayat mangsa Kho Geok Choo, 68, dan berasal dari Taman Meng Heng, Jalan Batu Lintang telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.

Tambahnya, kes tersebut diklasifik­asikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara siasatan lanjut dijalankan.

Difahamkan, mangsa yang bukan penduduk di rumah pangsa tersebut dilihat berjalan seorang diri di bahagian balkoni sebelum ditemui berlumuran darah serta tidak sedarkan diri di tingkat bawah bangunan itu.

Penduduk yang menyedari insiden itu kemudian segera menghubung­i pihak polis serta ambulans.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik dan turut ditemui pada mangsa ialah sepucuk surat yang tertera nombor telefon bimbit anaknya,” kata sumber.

Bagaimanap­un, isi kandungan surat tersebut tidak diketahui sehingga berita ini ditulis semalam.

 ??  ?? MAUT: Mangsa disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik.
MAUT: Mangsa disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia