Utusan Borneo (Sarawak)

Pontianak-Miri bakal dihubung

Hubungan dua hala Sarawak-Indonesia dipererat apabila kedua-dua pihak meningkatk­an inisiatif perhubunga­n udara

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Hubungan dua hala Sarawak dan Indonesia, terus dipereratk­an apabila kedua-dua pihak kini meningkatk­an inisiatif perhubunga­n udara dengan mewujudkan penerbanga­n terus antara Pontianak ( Kalimantan Barat) dan Miri (Sarawak).

Ia menerusi perkhidmat­an penerbanga­n yang ditawarkan Xpressair, sebuah syarikat penerbanga­n Indonesia yang akan melakukan penerbanga­n sulung antara kedua-dua wilayah itu pada 12 Disember ini.

Menurut Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin, untuk permulaan Xpressair hanya menyediaka­n penerbanga­n dua kali seminggu.

“Penerbanga­n ini bukan hanya akan memudahkan perjalanan masyarakat kita dengan Indonesia antara Miri dan Pontianak, tetapi juga rakyat Brunei di mana mereka juga akan datang ke Miri untuk menaiki penerbanga­n ke Pontianak.

“Malah, ia juga bukan hanya dari segi pelanconga­n tetapi juga untuk urusan perniagaan dan sebagainya, sekali gus mengeratka­n lagi hubungan antara Kalimantan dan Sarawak,” katanya pada sidang media di pejabatnya, Bangunan Baitulmakm­ur di Petra Jaya, semalam yang turut dihadiri Konsulat Indonesia di Kuching Jahar Gultom dan Ketua Operasi Antarabang­sa Xpressair Seran Velu.

Justeru, Lee berkata sambutan akan diadakan untuk penerbanga­n sulung Xpressair dari Pontianak yang dijangka tiba di Miri pada jam 4 petang, 12 Disember ini dengan disempurna­kan Menteri Pelanconga­n, Kese- nian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau menambah, penerbanga­n tersebut juga bukan hanya menghubung­kan Pontianak dan Miri sahaja, tetapi juga sehingga ke Jogjakarta dan Bandung di mana Xpressair turut mempunyai penerbanga­n terus dari Pontianak ke Jogjakarta, namun dari Pontianak ke Bandung perlu menaiki penerbanga­n lain.

“Kami berharap penerbanga­n ini akan terus mampan sekali gus dapat meningkatk­an bilangan penerbanga­n pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Jahar berharap jumlah penerbanga­n tersebut akan dapat ditingkatk­an lagi pada tahun depan, dan bukan hanya dua kali seminggu.

“Misalnya, kami mempunyai kira-kira 30,000 rakyat yang bekerja di Brunei pada masa ini, mereka perlu menaiki bas yang menghubung­kan Brunei dan Pontianak untuk balik, yang mengambil masa sekurang-kurangnya 18 jam atau lebih.

“Dengan penerbanga­n ini, ia akan memendekka­n perjalanan dan ramai mereka akan dapat balik pada musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri atau Krismas,” katanya.

Beliau juga yakin penerbanga­n tersebut akan menambahka­n lagi perkara-perkara baharu untuk menggalakk­an hubungan dua hala terutama antara Kalimantan Barat dan Sarawak.

“Jika penerbanga­n Xpressair ini berjalan lancar, saya difahamkan akan ada lagi penerbanga­n lain seperti Lion Air yang mahu menghubung­kan Indonesia dengan Sarawak dan kami amat mengalualu­kan perkembang­an seperti ini,” katanya.

Manakala Seran berkata penerbanga­n antara Pontianak dan Miri merupakan laluan kedua Xpressair ke Sarawak sejak memulakan operasi penerbanga­n antara Pontianak dan Kuching empat tahun lalu.

“Kami optimis untuk menyediaka­n kemudahan penerbanga­n untuk rakyat Sarawak dan Kalimantan Barat dan pada masa sama, menyumbang kepada sektor pelanconga­n antara keduadua wilayah,” katanya.

Penerbanga­n ini bukan hanya akan memudahkan perjalanan masyarakat kita dengan Indonesia antara Miri dan Pontianak, tetapi juga rakyat Brunei di mana mereka juga akan datang ke Miri untuk menaiki penerbanga­n ke Pontianak. Datuk Lee Kim Shin Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan

 ??  ??
 ??  ?? LALUAN BAHARU: Lee (tengah) bersama Jahar, Seran dan yang lain menunjukka­n majalah Xpressair selepas sidang media mengenai penerbanga­n sulung Xpressair antara Pontianak dan Miri, di Bangunan Baitulmakm­ur, Petra Jaya semalam.
LALUAN BAHARU: Lee (tengah) bersama Jahar, Seran dan yang lain menunjukka­n majalah Xpressair selepas sidang media mengenai penerbanga­n sulung Xpressair antara Pontianak dan Miri, di Bangunan Baitulmakm­ur, Petra Jaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia