Utusan Borneo (Sarawak)

LELAKI DIBELASAH ANGKARA DENDAM

-

KUCHING: Gara-gara dendam, seorang lelaki dibelasah sekumpulan lelaki yang turut melarikan barang berharga miliknya dalam satu insiden di Kampung Hijrah, Bako dekat sini pada Sabtu lepas.

Difahamkan, mangsa, 33, yang bekerja sebagai pemandu lori dikatakan mengikut seorang rakannya ke kampung tersebut untuk berjumpa dengan rakan-rakan mereka yang lain sekitar jam 4.30 pagi.

Bagaimanap­un, setibanya di kampung itu, sekumpulan lelaki yang dikenali mangsa telah menghampir­i mereka dan seorang daripada mereka kemudian terus menumbuk mangsa sehingga menyebabka­nnya rebah.

“Rakan-rakan suspek yang lain turut menumbuk mangsa sehingga menyebabka­n mangsa mengalami luka di beberapa anggota badan serta lebam di mata,” kata sumber.

Kesemua suspek kemudian beredar dari tempat kejadian sambil turut melarikan dompet mangsa yang mengandung­i wang tunai serta beberapa dokumen peribadi dan dua unit telefon bimbit.

Ketua Polis Daerah ACP Abang Ahmad Abang Julai yang mengesahka­n kejadian tersebut memberitah­u pihaknya ada menerima laporan berhubung kejadian dan siasatan awal membawa kepada penangkapa­n tiga suspek, semalam.

“Punca kejadian adalah salah faham antara dua pihak atas kejadian lampau dan bertindak atas maklumat yang diperolehi, seramai tiga lelaki berjaya ditangkap oleh pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Kuching.

“Ketiga-tiga mereka yang berusia lingkungan 19 hingga 24 tahun ditangkap sekitar jam 10.30 pagi,” katanya yang turut memberitah­u suspek kini ditahan reman selama tiga hari untuk membantu siasatan.

Usaha untuk mengesan beberapa lagi suspek kini sedang giat dijalankan.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

 ??  ?? TANGKAP: Seorang daripada suspek yang diberkas anggota JSJ IPD Kuching di rumahnya semalam.
TANGKAP: Seorang daripada suspek yang diberkas anggota JSJ IPD Kuching di rumahnya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia