Utusan Borneo (Sarawak)

KES BUANG BAYI, PASANGAN KEKASIH MUDA DICEKUP

-

SIBU: Polis menahan pasangan kekasih muda semalam untuk membantu siasatan kes buang bayi di Kampung Bahagia Jaya di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu Superinten­den Martin Khoo berkata, suspek wanita yang dianggarka­n berusia 12 ditahan sekitar jam 10 pagi semalam.

Ujarnya, suspek yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri mengaku telah melahirkan bayi berkenaan sekitar jam 6 petang pada Ahad lalu di dalam tandas rumahnya.

“Buntu dan bimbang perkara itu diketahui orang lain termasuk ahli keluargany­a, suspek telah menyembuny­ikan bayi tersebut di dalam almari, ruang stor, bawah rumah kayu kediamanny­a.

“Sejak itu, suspek membiarkan bayi tersebut di situ tanpa berbuat apa-apa,” katanya.

Martin berkata, suspek juga mengaku kehamilan dan kelahiran bayi tersebut tidak diketahui oleh sesiapa termasuk kedua-dua ibu bapa angkatnya walaupun mereka tinggal di rumah yang sama.

Selain itu, suspek semasa disoal siasat turut mengaku pernah mengadakan hubungan seks dengan teman lelakinya pada penghujung tahun 2016.

Menurut Martin, suspek yang tidak bersekolah telah pun dibawa ke Hospital Sibu untuk pemeriksaa­n serta rawatan lanjut.

Katanya, polis juga telah menahan teman lelaki suspek yang merupakan seorang pelajar lelaki Tingkatan 3 sebuah sekolah menengah di sini sekitar jam 3 petang semalam.

Sementara itu, satu laporan polis akan dibuat oleh pegawai penyiasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan (melibatkan mangsa bawah umur).

Dalam kejadian sekitar jam 4 petang kelmarin, seorang bayi lelaki dipercayai baharu dilahirkan ditemui ditinggalk­an di dalam sebuah stor di bawah sebuah rumah di Kampung Bahagia Jaya.

Bayi masih bertali pusat itu dijumpai cucu perempuan pemilik rumah berkenaan yang berusia 17 tahun sebelum menyerahka­nnya kepada Hospital Sibu.

Difahamkan remaja perempuan terbabit terdahulu terdengar bunyi mencurigak­an di bawah rumah sebelum keluar untuk memeriksan­ya.

Tersentak dengan penemuan bayi itu, dia kemudian memanggil ahli keluargany­a serta jiran berdekatan.

Polis turut dimaklumka­n mengenai penemuan bayi terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia