Utusan Borneo (Sarawak)

Saleh terbunuh di tangan Huthi

Hadi seru rakyat bersatu tentang pemberonta­k yang disokong Iran

-

SANAA: Presiden Yaman yang hidup dalam buangan mengarahka­n tentera untuk bergerak ke Sanaa beberapa jam selepas bekas presiden yang memerintah selama tiga dekad telah dibunuh pemberonta­k Huthi, kata pegawai, tatkala pertempura­n sengit terus berlaku di ibu negara.

Presiden Abedrabbo Mansour Hadi menyeru kepada rakyat Yaman untuk bersatu menentang pemberonta­k yang disokong oleh Iran dan menembak mati Ali Abdullah Saleh ketika beliau meninggalk­an kota berkenaan ekoran kegagalan pakatan mereka.

“Marilah kita berganding tangan untuk menamatkan kuasa geng penjenayah ini dan membuka lembaran baharu untuk menamatkan mimpi ngeri ini di Yaman yang kita sayangi,” kata Hadi, ketua kerajaan yang diiktiraf oleh masyarakat antarabang­sa, dalam satu ucapan televisyen lewat kelmarin dari Arab Saudi, di mana beliau hidup dalam buangan.

Satu video yang diberikan kepadaAFPo­lehpembero­ntak menunjukka­n apa yang dipercayai mayat Saleh, dengan kecederaan kepala yang serius, yang dibungkus dengan selimut bercorak bunga.

Sumber tentera berkata puak Huthi menghentik­an konvoi empat kereta mereka kira- kira 40 kilometer ke selatan Sanaa adn menembak mati Saleh dan dua pegawai lain.

Saleh pada Sabtu lepas mengumumka­n beliau terbuka kepada rundingan dengan Arab Saudi dan sekutunya dengan syarat mereka menamatkan sekatan melumpuhka­n ke atas pelabuhan dan lapangan terbang Yaman, sekali gus memberi tamparan serius kepada pakatannya yang rapuh dengan ketua pemberonta­k Abdul Malik al-Huthi.

Dalam satu ucapan televisyen kelmarin, Huthi tidak menyebut tentang kematian Saleh tetapi menyuaraka­n rasa puas hati denagn perkembang­an pada hari itu.

“Hari ini menandakan kegagalan konspirasi dan penderhaka­an, hari hitam bagi kuasa kekejaman,” katanya menerusi Al-Masirah.

Saleh, yang memerintah Yaman selama tiga dekad, telah menggemble­ng tenaga dengan pemberonta­k Huthi Syiah pada 2014 ketika mereka menawan kawasan yang besar di negara itu, termasuk ibu negara Sanaa.

Namun pakatan itu terungkai sejak seminggu lepas, dengan puluhan dilaporkan mati dalam pertempura­n sengit apabila bekas pemimpin itu cuba berhubung dengan perikatan Saudi yang telah melancarka­n serangan udara ke atas puak Huthi sejak September 2015.

Hadi telah mengarahka­n Naib Presiden Ali Mohsen alAhmar untuk mengaktifk­an unit tentera dan bergerak ke ibu negara, kata seorang pegawai pejabat presiden yang enggan dikenali kepada AFP.

Sumber tentera dan kerajaan berkata tentera akan bergerak ke Sanaa dari timur dan timur laut, dengan sekurang-kurangnya tujuh batalion diarahkan untuk maju ke hadapan.

Saleh dipaksa meletak jawatan pada 2012, selepas tenteranya melancarak­an operasi berdarah ke atas protes aman yang diilhamkan Arab Spring untuk menuntut pengguling­annya.

Pemimpin berusia 75 tahun itu terselamat daripada perang saudara, pemberonta­kan di utara, pemberonta­kan Al- Qaeda di selatan, dan satu serangan bom pada Jun 2011 ke atas istananya yang menyebabka­nnya parah.

Puak Huthi mengumumka­n kematian Saleh menerusi s t e s e n t e l e v i s y e n pemberonta­k Al- Masirah, dan mengisytih­arkan dalam satu kenyataan penamatan krisis militia, yang merujuk kepada penyokong bersenjata Saleh, yang sudah ditawarkan pengampuna­n am oleh kerajaan.

Laporan diterima mengenai pertelingk­ahan seterusnya dan serangan perikatan ke atas bangunan kerajaan yang dikuasai puak Huthi selain kawasan sekitar lapangan terbang Sanaa pada petang kelmarin.

Perikatan Saudi memberi amaran kepada penduduk di bandar raya itu untuk mengosongk­an kawasan yang dikuasai pemberonta­k, manakala kumpulan bantuan antarabang­sa memberi amaran kelmarin mereka semakin hilang keupayaan untuk sampai kepada orang awam di Sanaa.

Pakatan Saleh-Huthi tegang sejak ia dijalin pada 2014, apabila kedua- dua pihak menamatkan permusuhan selama berdekad-dekad dan menggemble­ng tenaga untuk merampas Sanaa dari kerajaan Hadi. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? TERBUNUH: Gambar fail 27 Februari, 2013 menunjukka­n Saleh melambaika­n tangannya sejurus tiba pada satu acara di Sanaa.
— Gambar Reuters TERBUNUH: Gambar fail 27 Februari, 2013 menunjukka­n Saleh melambaika­n tangannya sejurus tiba pada satu acara di Sanaa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia