Utusan Borneo (Sarawak)

Perebutan rumah kedai, ahli SUPP Sibu gembira keputusan mahkamah

-

SIBU: Keputusan Mahkamah Tinggi Sibu semalam yang memihak kepada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berhubung pemilikan tiga unit kedai di Jalan Kampung Datu, disambut gembira oleh ahli-ahli parti itu di sini.

Pengerusi SUPP Cawangan Bawang Assan Robert Lau Hui Yew berkata, keputusan mahkamah itu sememangny­a dinanti-nantikan oleh ahli-ahli SUPP selama ini.

“Keputusan mahkamah ini telah memberi keadilan kepada semua ahli, terutama ahli-ahli lama SUPP yang telah menyumbang serta berkorban untuk parti,” ujarnya kepada pemberita, semalam.

Hadir sama mendengar keputusan itu semalam ialah pengerusi SUPP Bukit Assek, Chieng Buong Toon, Clarence Ting (Pelawan) serta lebih 20 ahli SUPP.

Persuruhja­ya Kehakiman Dean Wayne Daly semalam memutuskan tiga unit rumah kedai di Jalan Kampung Datu itu adalah milik SUPP.

Tiga unit rumah kedai itu yang menjadi ibu pejabat lima cawangan SUPP di sini iaitu Bukit Assek, Pelawan, Nangka, Dudong dan Bawang Assan, menjadi perebutan antara SUPP dan Twinswood Sdn Bhd.

Lau yang juga Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Sibu berkata, sejak SUPP Sibu berpecah pada 2014, beberapa bekas ahli parti telah menuntut rumah kedai itu.

Sejak itu, katanya, ahliahli SUPP yang kekal dalam parti berusaha mempertaha­nkan rumah kedai itu yang telah menjadi ibu pejabat SUPP Sibu sekian lama.

“Ini merupakan keputusan yang baik untuk SUPP Sibu. Kita melakukan semua ini untuk ahli-ahli parti,” jelasnya.

Bekas pengerusi Twinswood, Dato Sri Wong Soon Koh ketika dihubungi berkata beliau menghormat­i keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Menurut Wong, beliau menyerahka­n kepada pengerusi serta pemegang saham Twinswood untuk membuat keputusan selanjutny­a.

Difahamkan tiga unit rumah kedai ini telah didaftarka­n atas nama Twinswood Sdn Bhd, dengan 50 pemegang saham sejak tahun 1988.

 ??  ?? LAU
LAU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia