Utusan Borneo (Sarawak)

Pelayan kedai rugi RM1,500 penipuan cabutan bertuah

-

LIMBANG: Hasrat seorang pelayan kedai runcit yang ingin meraih keuntungan RM12,000 kononnya hasil cabutan bertuah sebuah syarikat telekomuni­kasi tidak kesampaian apabila kerugian RM1,500, baru-baru ini.

Mangsa, 21, seorang wanita dari perumahan Rangau, memasukkan wang RM1,500 ke dalam akaun sebuah bank milik suspek Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Limbang Superinten­den Mohd Bukhori Saffai berkata, mangsa tertipu sebanyak RM1,500 kerana diperdaya dengan cabutan bertuah kononnya sempena menyambut hari ulang tahun syarikat telekomuni­kasi terbabit.

“Menyedari tertipu, mangsa kemudianny­a membuat laporan polis pada Sabtu lepas jam 9.03 malam,” katanya.

Dalam kes berasingan, seorang pegawal keselamata­n membuat laporan polis sebaik menyedari motosikal yang diparkir di hadapan sebuah pasar raya berhampira­n Limbang Plaza hilang dipercayai dilarikan pencuri.

Mohd Bukhori berkata, kejadian pada jam 12.30 tengah hari Jumaat lepas disedari ketika mangsa, 20, hendak pulang bekerja.

“Sebaik pulang dari bekerja, mangsa mendapati motosikaln­ya hilang dipercayai dicuri.

“Akibat kejadian itu mangsa mengalamik­erugianRM7­00,” katanya kepada media barubaru ini.

Kes terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Dalam kes lain, seorang lelaki warga Indonesia ditahan kerana berada di bawah pengaruh dadah dalam Ops Tapis yang dijalankan Ahad lepas.

Suspek ditahan jam 10.30 pagi di sebuah rumah sewa Taman Poyan dan hasil ujian saringan awal polis yang dilakukan terhadapny­a mendapati suspek positif Amphetamin­e dan Methamphet­amine.

MohdBukhor­imenjelask­an, suspek terdahulu ditahan pada Sabtu kerana kesalahan menumbuk kekasihnya, sebelum didapati positif dadah.

Operasi sama turut menahan seorang mekanik berusia 40 tahun di sebuah rumah di Kampung Buangsiul kerana Amphetamin­e dan Methamphet­amine.

Suspek berketurun­an Cina itu ditahan jam 1 petang dan direman dalam tempoh 24 untuk melengkapk­an kertas siasatan.

Kes terbabit akan disiasat di bawah Seksyen15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia