Utusan Borneo (Sarawak)

Banjir jejas beberapa keluarga Kampung Baru Hilir, Betong setiap kali hujan lebat

-

BETONG: Setiap kali hujan lebat, beberapa keluarga di Kampung Baru Hilir di sini dibelenggu keresahan apabila terkenangk­an keadaan rumah dimasuki air akibat sistem perparitan tidak sempurna.

Kerugian kerana perabot rosak, lantai rumah diliputi selut dan lumpur adalah senario memeritkan apabila mangsa terpaksa menghadapi situasi sama setiap kali musibah berlaku.

Kejadian sama berulang kembali petang kelmarin apabila hujan lebat berterusan diburukkan fenomena air pasang besar sekitar jam 7 malam menyebabka­n air naik mendadak di kawasan itu sehingga sedalam satu kaki.

Keadaan sama diramal berulang apabila fenomena pasang besar berlaku lagi semalam.

Kelmarin, pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia(APM) Betong dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Betong telah dihubungi untuk membantu beberapa keluarga terjejas untuk mengalih peralatan dan perabot mereka.

Menurut Pegawai Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong PBK1 Henry Jugah pihaknya akan terus memantau keadaan di kawasan terjejas.

“Kita difahamkan air sungai akan pasang besar petang ini (semalam) dan kemungkina­n akan berulang keadaan yang sama.

“Kita juga mengharapk­an semua pihak sentiasa siap siaga mengenai perkara ini kerana kejadian begini bukan berlaku di Betong sahaja tetapi seluruh Sarawak,” ujarnya.

Sementara itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) Betong yang dimaklumka­n tentang kejadian itu turut ke lokasi untuk meninjau dan menilai bantuan yang boleh diberikan kepada mangsa terjejas.

Selain itu, beberapa agensi berkaitan termasuk pihak wakil rakyat setempat juga datang untuk membantu mangsa.

 ??  ?? BANTU: Anggota APM Betong membantu mengalih perabot salah satu rumah terjejas akibat banjir di Kampung Baru Hilir kelmarin.
BANTU: Anggota APM Betong membantu mengalih perabot salah satu rumah terjejas akibat banjir di Kampung Baru Hilir kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia