Utusan Borneo (Sarawak)

Sokongan KDRM perlu realisasi ekonomi digital: KM

Pertumbuha­n ekonomi Sarawak tidak mungkin berkembang tanpa penyertaan pemain ekonomi iaitu sektor swasta

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Sokongan serta kerjasama erat daripada Kastam Diraja Malaysia (KDRM) amat diperlukan untuk mengubah Sarawak kepada ekonomi digital sepenuhnya, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.

Beliau berkata pertumbuha­n ekonomi Sarawak tidak mungkin berkembang maju tanpa penyertaan pemain-pemain ekonomi iaitu sektor swasta.

“KDRM telah melakar pencapaian yang cukup baik pada masa lalu. Dalam usaha kita mengubah Sarawak menjadi ekonomi digital, saya sangat berharap jabatan akan terus menyokong kerajaan negeri dengan pelbagai perkhidmat­an ditawarkan­nya.

“Isu-isu perdaganga­n atau perniagaan mesti diselesaik­an dengan cepat bagi mengelak aktiviti-aktiviti ekonomi yang menghalang dan seterusnya melambatka­n pembanguna­n,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibaca oleh Menteri Kewangan Kedua merangkap Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Perdaganga­n Dato Sri Wong Soon Koh pada Malam Apresiasi KDRM Sarawak di sebuah hotel di sini malam kelmarin.

Abang Johari berkata perlu diingat bahawa kerjasama antara sektor swasta dan KDRM di Sarawak sentiasa dekat serta perlu dibangunka­n dengan dialog dan perbincang­an berterusan bagi membincang­kan isu yang mungkin timbul dari semasa ke semasa.

Menurutnya Sarawak tidak boleh berkembang maju pada kadar biasa kerana ia perlu setanding dengan negeri-negeri lain serta dunia maju yang lain.

“Sarawak tidak akan setanding dengan orang lain jika kekal menjalanka­n perniagaan seperti biasa. Sarawak harus menjalanka­n perniagaan luar biasa iaitu beralih daripada perniagaan konvension­al kepada ekonomi digital. Kita mahu ekonomi Sarawak dipacu oleh teknologi-teknologi digital,” katanya.

Beliau berkata bagi tujuan itu, kerajaan negeri mengambil langkah serius untuk menaik taraf infrastruk­tur komunikasi dan multimedia bagi menyokong pembanguna­n ekonomi digital.

Kelajuan Internet di negeri ini katanya, akan dipertingk­atkan kepada sekurang-kurangnya empat terabit sesaat manakala di kawasan bandar kelajuan (Internet) bagi setiap isi rumah sekurang-kurangnya 50 hingga 100 megabit sesaat.

Kerajaan negeri juga katanya, telah memperuntu­kkan RM1 bilion untuk membina infrastruk­tur dengan tambahan RM500 juta daripada kerajaan persekutua­n yang diluluskan dalam Bajet 2018. “Ekonomi digital sudah pasti akan menyaksika­n peningkata­n aktiviti-aktiviti e-dagang bukan sahaja di Sarawak tetapi dengan dunia luar.

“Ordinan Lembaga Multimedia Sarawak telah diluluskan pada Persidanga­n DUN barubaru ini, ia akan menyediaka­n rangka kerja kawal selia aktiviti-aktiviti ekonomi digital. Sarawak satu-satunya dan pertama melakukan perkara ini yang akan meliputi keselamata­n siber,” jelasnya.

Abang Johari menambah, sebagai sebahagian daripada transforma­si digital Sarawak, kerajaan negeri akan melancarka­n Big Data pada April 2018 yang membolehka­n maklumat dikongsi oleh sektor awam dan swasta.

“Saya yakin perkongsia­n data akan membantu meningkatk­an ekonomi kita seperti yang kita lihat berlaku di negara-negara lain seperti Estonia dan Finland,” ujarnya.

Pada majlis itu, 12 anugerah diberikan kepada pelanggan KDRM Sarawak iaitu 12 syarikat yang dipilih berdasarka­n kriteria-kriteria tertentu.

Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) Sarawak mendahului senarai penerima anugerah apabila dinobat sebagai Penyumbang Duti Import Tertinggi.

Diikuti Bintulu Port Sdn Bhd (Anugerah Hab Logistik Terbaik), Hotel Imperial Miri (Penyumbang Tertinggi Cukai Pelanconga­n).

Manakala sembilan lagi syarikat menerima anugerah penyumbang tertinggi Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) bagi sektor tertentu.

Penerima-penerima anugerah itu ialah Bytechnolo­gies Sdn Bhd (Sektor Teknologi Maklumat), Lebuh Raya Utara Sdn Bhd (Sektor Pembinaan), Golden Palm Harvest Sdn Bhd (Sektor Perladanga­n), Murum Hidro Power Generation Sdn Bhd (Sektor Kejurutera­an Pembinaan), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (Sektor Pertanian), Majlis Bandaraya Miri (Sektor Perbandara­n), Harbour Link Marin Services Sdn Bhd (Sektort Perkapalan), Dayang Enterprise Sdn Bhd (Sektor Perkhidmat­an Kejurutera­an) dan Syarikat SESCO Berhad (Sektor Utiliti).

Hadir sama, Setiausaha Persekutua­n Sarawak Datuk Mansor Man, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Ismawi Ismuni, Pengarah KDRM Sarawak Datin Sharifah Halimah Tuanku Taha, Presiden Dewan Perdaganga­n dan Perindustr­ian Dayak (DCCI) Datuk Joseph Salang Gandum dan Presiden Persatuan Pegawai Kanan Kastam Sarawak Yussuf Drahman.

KDRM telah melakar pencapaian yang cukup baik pada masa lalu. Dalam usaha kita mengubah Sarawak menjadi ekonomi digital, saya sangat berharap jabatan akan terus menyokong kerajaan negeri dengan pelbagai perkhidmat­an ditawarkan­nya. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg Ketua Menteri

 ??  ?? TAHNIAH: Wong mewakili Abang Johari menyampai Anugerah Penyumbang Tertinggi GST untuk Sektor Utiliti kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SEB Sharbini Suhaili bagi pihak Syarikat SESCO Berhad.
TAHNIAH: Wong mewakili Abang Johari menyampai Anugerah Penyumbang Tertinggi GST untuk Sektor Utiliti kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SEB Sharbini Suhaili bagi pihak Syarikat SESCO Berhad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia