Utusan Borneo (Sarawak)

Tindakan perkecilka­n MA63 satukan penduduk Sarawak

-

KUCHING: Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang memperkeci­lkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan mencabar Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berdebat dengannya mencetus kemarahan di negeri ini, dan secara tidak langsung menyatukan penduduk Sarawak tanpa mengira bangsa atau latar belakang politik.

Penganalis­is politik Datuk Peter Minos berkata, tindakan Pandikar ibarat menjolok sarang tebuan di Sarawak dan untuk itu, adalah lebih baik beliau berundur.

“Namun saya perlu mengatakan ini kepadanya (Pandikar), terima kasih kerana secara tidak sengajadan­secaratida­klangsung menyatukan­pendudukSa­rawak lalu membangkit­kan ‘Semangat Sarawak’ untuk maju ke hadapan dalam mempertaha­n dan menyokong pemimpin tertinggi mereka, Ketua Menteri Abang Johari,” katanya menerusi satu kenyataan media.

Minos berkata, semangat bersatu warga Sarawak jelas kelihatan apabila parti-parti politik sama ada dari komponen Barisan Nasional, mahupun pembangkan­g, individu dan ramai lagi tampil ke hadapan dan mencerca Pandikar terbuka.

Parti-parti itu termasuk Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu (UPP), Parti Progresif Demokratik (PDP), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Bansa Dayak Sarawak Baru.

“Ia adalah kemarahan tulen semua orang Sarawak terhadap seseorang yang tidak menunjukka­n penghormat­an terhadap Sarawak atau Ketua Menterinya.

“Ia adalah kuat dan jelas, tidak berpura-pura dan bukan diadaadaka­n. Ia lebih buruk secara peribadi,” katanya.

Di sebalik semua itu katanya, ia membangkit­kan ‘Semangat Sarawak’, iaitu keinginan tulen dan aspirasi bagi penduduk Sarawak untuk dilayan sama rata dan adil seperti rakyat di Semenanjun­g Malaysia.

PendudukSa­rawakjugam­ahu hak serta kuasa autonomi yang ‘hilang’ daripada MA63 dikembalik­an, selain turut berkeingin­an untuk menikmati kemudahan lebuh raya, laluan kereta api, pelabuhan, lapangan terbang, jambatan, projekawam, sekolah, kolej, universiti, hospital, kemudahan awam, pembanguna­n ekonomi dan banyak lagi, seperti di Semenanjun­g Malaysia.

Menurut Minos, kini ramai penduduk Sarawak mula mengetahui dan menyedari hak-hak mereka serta boleh membanding­kan banyak perkara antara Sarawak dan Semenanjun­g Malaysia dan oleh itu, mula menuntut hak-hak di bawah MA63, iaitu dana lebih banyak untuk negeri, selain hasil pendapatan lebih tinggi daripada minyak dan gas.

“Sebagai anak jati Sarawak, saya katakan apa yang rakanrakan dari Sarawak minta dan perjuangka­n adalah sangat adil dan sah, untuk itu, ia perlu ditangani oleh Kuala Lumpur (kerajaan persekutua­n), walau apa pun orang kata.

“Perasaan sebenar dan tulen serta aspirasi penduduk Sarawak tidak boleh diketepika­n atau diabaikan mahupun diambil ringan,” katanya.

Minos berkata, bagaimanap­un perlu dijelaskan penduduk Sarawak sebagai rakyat Malaysia, menghormat­i dan mencintai negara ini dan perkara itu tidak boleh dipersoalk­an.

“Apa yang berlaku sekarang adalah penduduk Sarawak, sebagai rakyat Malaysia, mahukan keadilan dan kesaksamaa­n serta penghormat­an, pemahamand­an penghargaa­n, itu sahaja.

“Faktajugaa­matjelas, bahawa Sarawak adalah sangat jauh ketinggala­n dalam semua aspek dan bidang jika dibandingk­an dengan Semenanjun­g Malaysia,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia