Utusan Borneo (Sarawak)

Fikir dulu sebelum muat naik isu ke laman sosial: Penguang

-

MARUDI: Penduduk tinggal di rumah-rumah panjang di luar bandar Baram perlu berfikir panjang sebelum memuat naik apa juga isu ke laman-laman sosial terutama perkara yang masih belum difahami mereka bagi mengelak disalahgun­akan pihak tertentu.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil menasihati penduduk di rumah-rumah panjang supaya tidak menyalahgu­nakan media sosial untuk menyuaraka­n rasa tidak puas hati terhadap kerajaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi itu berkata, rakyat di kawasannya perlu memberi peluang kepada beliau menyelesai­kan isu dan membawa pembanguna­n ke kawasan mereka secara berperingk­at kerana beliau baharu menjadi wakil rakyat mereka selama setahun setengah.

“Dalam tempoh singkat itu saya berusaha melakukan yang terbaik membawa masuk pelbagai pembanguna­n seperti projek pembinaan Tebingan Baram dan bentengnya, memperbaik­i semula Jalan Miri-Marudi dan seterusnya projek bekalan air di kawasan Beluru dan banyak lagi.

“Apa yang penting ketika ini rakyat perlu bekerjasam­a dengan kerajaan bagi memastikan semua projek pembanguna­n ini berjalan dengan lancar dan berfikirla­h dengan panjang sebelum memuat naik apa-apa dalam media sosial,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Dialog di Rumah Mathias Depa di Tapang Ragai, Sungai Peking di Tinjar, Sabtu lalu.

Katanya, begitu juga dengan kesukaran penduduk di Sungai Peking berdepan kerosakan jalan, tidak ada bekalan air (bersih), tidak ada elektrik dan beliau berusaha memperbaik­i semua masalah itu satu persatu.

“Tetapi, jangan pula terbawa- bawa ( menyuaraka­n kemarahan dan tidak puas hati) di media-media sosial sebaliknya anda harus berfikir secara munasabah dan memahami sesuatu isu itu,” katanya.

Kepada golongan berpelajar­an, Penguang meminta mereka balik ke kampung halaman mengajar penduduk di kampung bagaimana cara mereka mendapat atau memohon sesuatu projek dan bukannya membuat ‘bising’ di media sosial serta membuat kesimpulan terlalu cepat.

Pada majlis sama, beliau menyampaik­an cek peruntukan projek kecil luar bandar (MRP) bernilai RM35,000 kepada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Rumah Mathias dan RM20,000 lagi kepada JKKK Rumah Jilan, Sungai Sebatu.

Hadir sama isteri beliau, Datin Monica Ukong Jaya, Setiausaha Politik Ketua Menteri Alexander Asing, Pengerusi Majlis Daerah Marudi (MDM) Edward Mendai, pegawai- pegawai kerajaan serta ketua-ketua masyarakat.

 ??  ?? UNTUK PEMBANGUNA­N: Penguang (lima kiri) menyampaik­an cek MRP bernilai RM35,000 kepada Mathias sambil disaksikan ahli JKKK serta tetamu.
UNTUK PEMBANGUNA­N: Penguang (lima kiri) menyampaik­an cek MRP bernilai RM35,000 kepada Mathias sambil disaksikan ahli JKKK serta tetamu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia