Utusan Borneo (Sarawak)

UNIMAS merancang membina pusat telekomuni­kasi di Kampung Tringgus

-

BAU: Universiti Malaysia Sarawak ( UNIMAS) merancang membina pusat telekomuni­kasi di Kampung Tringgus, di sini untuk membantu komuniti setempat berkomunik­asi dengan dunia luar dan meningkatk­an sosioekono­mi mereka.

Naib Canselor UNIMAS Profesor Datuk Dr Mohd Kadim Suaidi berkata kemudahan tersebut adalah sama seperti yang telah dibina di Bario (e-Bario) dan di Semenanjun­g Malaysia untuk Orang Asli, yang telah terbukti dalam membantu masyarakat di kawasan tersebut.

“Kami (UNIMAS) mempunyai rancangan untuk membina pusat telekomuni­kasi di sini (Kampung Tringgus) tetapi itu bergantung kepada ketersedia­an dana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Ekspedisi Banjaran Bungo dari 5 hingga 10 Disember ini, yang disempur- nakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serumbu Miro Simuh di Dewan Siradjak Kampung Tringgus, sebuah kampung bersempada­n dengan Indonesia.

Kadim menambah bahawa pembinaan pusat telekomuni­kasi itu juga bergantung kepada penemuan ekspedisi berkenaan.

Sementara itu mengenai ekspedisi tersebut, beliau berkata ia melibatkan 150 penyelidik pelbagai disiplin dari UNIMAS.

Tambahnya, ekspedisi berkenaan meliputi bahagian selatan Taman Negara Banjaran Bungo yang boleh diakses melalui Kampung Tringgus.

“Banjaran Bungo telah dipilih sebagai tapak ekspedisi kerana kajian ke atas kepelbagai­an biodiversi­ti masih kurang walaupun ia telah disenaraik­an sebagai taman negara penting di Sarawak sejak 2009,” katanya.

Menurutnya, ekspedisi itu pada mulanya dirancang di Bario, tetapi dibatalkan.

Kadim juga berkata hasil daripada ekspedisi itu akan menyumbang kepada dokumentas­i kepelbagai­an flora dan fauna yang merangkumi kawasan Banjaran Bungo.

“Ini akan membekalka­n data yang lebih lengkap mengenai struktur sosial dan ekonomi masyarakat setempat,” katanya.

Beliau juga berkata satu lagi aspek penting dalam kajian tersebut adalah corak penggunaan sumber asli semasa di kawasan itu, di mana maklumat itu akan menjadi rujukan untuk perancanga­n pemulihara­an dan pembanguna­n Taman Negara Banjaran Bungo yang lebih menyeluruh pada masa depan.

“Sebagai contoh, kita dapat melihat potensi untuk mempromosi­kan kawasan- kawasan sekitar Banjaran Bungo sebagai tempat pelanconga­n supaya penduduk tempatan dapat terlibat dan seterusnya memberi mereka peluang alternatif,” katanya. MIRI: Acara tradisi Makan Tahun kaum Kedayan kini dikenali Makan Tahun Perdana dijangka disambut dalam skala lebih besar dan meriah tahun depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat yang juga pengerusi Persatuan Kedayan Sibuti berkata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg dan Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah turut memberi lampu hijau agar acara tersebut dimasukkan dalam kalendar pelanconga­n negeri tahun depan.

“Ini adalah penghormat­an kepada kita dan pengalaman ahli persatuan menganjurk­an program ini amat berguna dan masih banyak perlu kita perbaiki dan pelajari untuk menjadikan acara ini lebih baik pada masa akan datang,” katanya pada jamuan malam penghargaa­n jawatankua­sa penganjur dan pihak terlibat menjayakan Makan Tahun Perdana bulan lalu di sini, malam kelmarin.

Sehubungan itu Ripin menaruh harapan agar program sama tahun depan berlangsun­g meriah dan lebih besar dengan penganjura­n lebih lancar serta terurus.

“Saya percaya satu seminar akan diadakan untuk meningkatk­an kemahiran ahli dalam pengurusan acara, mungkin sesuatu perlu kita pertimbang­kan bagi membantu ahli jawatankua­sa penganjur bersedia dengan pengetahua­n bagi penganjura­n acara,” ujarnya.

Beliau berkata, sempena Makan Tahun Perdana pada 17 dan 18 November lalu di Kampung Danau, Bekenu lebih 2,000 tetamu termasuk masyarakat Kedayan dari Limbang, Lawas, Bintulu, Sabah, Labuan dan Brunei Darussalam serta 14 perkampung­an kaum Kedayan sekitar Bekenu menghadiri majlis tersebut.

Ia merupakan acara tradisi kaum Kedayan yang diadakan turun-temurun di perkampung­an sama ada dalam skala kecil atau bergabung antara kampung-kampung memeriahka­nnya.

Hari ini tradisi itu diteruskan dan semakin diangkat menjadi salah satu produk pelanconga­n baharu bagi kawasan itu dan negeri ini apatah lagi apabila disenaraik­an dalam Kalendar Pelanconga­n Negeri Sarawak 2018.

Majlis penghargaa­n itu turut dihadiri Residen Bahagian Miri Sherrina Husaini, Pegawai Daerah Subis Husini Bakir, Ketua Masyarakat Kedayan Pemanca Ali Mudin serta ketua-ketua kaum dan masyarakat.

 ??  ?? SAMBUTAN: Kadim (tiga kiri) dan Miro disambut penduduk kampung.
SAMBUTAN: Kadim (tiga kiri) dan Miro disambut penduduk kampung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia