Utusan Borneo (Sarawak)

Warga pendidik dinasihati komited menjalanka­n tugas

-

BINTULU: Warga pendidik di negeri ini dinasihati komited menjalanka­n tugas bagi memastikan pelajar menerima tahap pendidikan terbaik.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata setiap guru harus menanam tekad memberi yang terbaik kepada anak didik mereka dalam usaha membantu kerajaan melahirkan lebih ramai cendekiawa­n.

“Adalah menjadi tanggungja­wab semua pihak terutama ibu bapa dan guru menjalinka­n kerjasama erat bagi memastikan isu berkaitan akademik dan kokurikulu­m ditangani dengan baik,” katanya pada Persidanga­n Perwakilan Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) Ke-38 sini semalam.

Menurutnya, KGBS yang merupakan persatuan warga pendidik aktif di negeri ini harus membantu kementeria­n memikirkan cara terbaik memperbaik­i mutu akademik pelajar di semua sekolah.

“Ini bagi memastikan kualiti pendidikan negeri ini dapat diperbaiki dan pencapaian pelajar setanding dengan negeri-negeri lain di negara ini,” ujarnya.

Beliau tidak menafikan bahawa ia bukan satu usaha mudah kerana kedudukan sesetengah sekolah terletak jauh di pedalaman.

Namun, ini merupakan cabaran warga pendidik kerana kerajaan amat mengambil berat aspek pendidikan yang merupakan satu- satunya cara meningkatk­an tahap kehidupan penduduk negara ini.

Manyin turut mengumumka­n bantuan sejumlah RM10,000 kepada KGBS bagi menjalanka­n pelbagai programnya.

Hadir sama Presiden KGBS Ahmad Malie, Pengarah Jabatan Pendidikan Sarawak Rokayah Madon dan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Bintulu Fred Entau.

 ??  ?? RASMI: Manyin memukul gong sebagai simbolik perasmian Persidanga­n Perwakilan Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak Ke-38 di Bintulu, semalam.
RASMI: Manyin memukul gong sebagai simbolik perasmian Persidanga­n Perwakilan Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak Ke-38 di Bintulu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia