Utusan Borneo (Sarawak)

Hanya terima RM10 juta di bawah RMK11, tidak mencukupi untuk bangun keseluruha­n CIQS

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamata­n (CIQS) Tebedu di Serian bakal dibangunka­n bagi merancakka­n lagi aktiviti perdaganga­nnya agar setanding dengan pembanguna­n di negara jiran, Entikong.

Pengarah Imigresen Negeri Ken Leben berkata, buat masa ini CIQS Tebedu hanya menerima peruntukan RM10 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) dan ia tidak mencukupi untuk membangunk­an keseluruha­n CIQS berkenaan.

“Bagaimanap­un kita percaya peruntukan itu akan dinaikkan lagi jumlahnya kerana RM10 juta hanya dapat membangunk­an beberapa blok sahaja.

“Jika kita mahu sentanding dengan Entikong (Kalimantan Barat) untuk tujuan pembanguna­n, ia memakan kos tinggi dan lebih daripada RM10 juta tetapi pada RMK11 hanya RM10 juta diluluskan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis sambutan Hari Imigresen Malaysia 2017

Bagaimanap­un kita percaya peruntukan itu akan dinaikkan lagi jumlahnya kerana RM10 juta hanya dapat membangunk­an beberapa blok sahaja. Ken Leben Pengarah Imigresen Negeri

Peringkat Negeri dan Perhimpuna­n Setia Berjasa yang disempurna­kan Setiausaha Persekutua­n Sarawak Datuk Mansor Man di sini, semalam.

Tambah Ken, pembanguna­n CIQS Tebedu itu akan menjadikan ia sebagai prasarana kelas pertama yang merancakka­n lagi ekonomi setempat.

Sementara itu selain CIQS Tebedu, kerajaan juga kini sedang menaik taraf kompleks baharu Depot Tahanan Semuja yang menelan kos kira-kira RM47 juta di mana projek telah dimulakan.

“Satu lagi yang sedang rancak dibangunka­n adalah Pos Kawalan Ba’Kelalan, juga bertujuan membangunk­an kompleks baharu yang telah dimulakan. Ia menelan kos RM20 juta,” katanya.

Mengulas lanjut, Ken berkata selain itu di CIQS Sungai Tujuh dan ICQS Tedungan, telah disediakan kemudahan laluan khas bagi pemegang Program Perjalanan Kerap Brunei-Malaysia (BMFTP) iaitu untuk mengurangk­an kesesakan lalu lintas.

Jabatan juga katanya, mewujudkan kamera litar tertutup (CCTV) di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (LTAK) bagi mengawal pergerakan pelawat dan pelancong.

“Kesemua ia seiring dengan tuntutan kerajaan untuk meneruskan penambahba­ikan sistem penyampaia­n cemerlang Jabatan melalui menaik taraf kemudahan prasarana,” tegasnya.

Hadir sama Timbalan Pengarah Imigresen Negeri Hamfatulla­h Syawal Hamdan.

 ??  ?? SEGAR: Buah-buahan dan sayur-sayuran segar tempatan dan import untuk pilihan pengguna.
SEGAR: Buah-buahan dan sayur-sayuran segar tempatan dan import untuk pilihan pengguna.
 ??  ?? IKRAR: Ken (depan empat kiri) serta Hamfatulla­h (depan kiri) dan yang lain semasa lafaz ikrar integriti jabatan sempena sambutan Hari Imigresen Malaysia 2017 di Kuching, semalam. Turut kelihatan Mansor (depan, lima kiri).
IKRAR: Ken (depan empat kiri) serta Hamfatulla­h (depan kiri) dan yang lain semasa lafaz ikrar integriti jabatan sempena sambutan Hari Imigresen Malaysia 2017 di Kuching, semalam. Turut kelihatan Mansor (depan, lima kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia