Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu Pejabat JIMS pejabat pertama di Malaysia mengguna MARS Mirror

-

KUCHING: Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak (JIMS) merupakan pejabat pertama di negara ini menggunaka­n MARS Mirror iaitu produk inovasi yang memudahkan mengambil gambar kanak-kanak bagi tujuan pemprosesa­n pasport.

Kini kanak-kanak sama ada bayi baharu lahir sehingga dua atau tiga tahun tidak perlu lagi didukung ibu atau bapa mereka bagi tujuan mendapatka­n gambar pasport sebaliknya akan diletakkan dalam MARS Mirror.

Dihasilkan oleh kumpulan inovasi JIMS yang dikenali IMISAR, produk berkenaan mempunyai dua pendekatan iaitu bayi atau kanak-kanak boleh mengambil gambar secara duduk dan baring.

Ketua Kumpulan IMISAR Haryani Salleh Baihaki berkata, MARS Mirror berkenaan sesuai untuk kanak-kanak berusia dua tahun atau tiga tahun ke bawah.

“Selain itu MARS Mirror ini dapat memendekka­n purata masa mengambil gambar bayi atau kanak-kanak kerana sebelum ini dianggarka­n purata masa mengambil gambar mereka adalah dalam 13 minit mengikut kerenah masingmasi­ng.

“Kini menggunaka­n MARS Mirror ia hanya kurang daripada lima minit dan bayi tidak perlu didukung oleh ibu bapa mereka, kerana mereka boleh baring atau duduk,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis pelancaran MARS Mirror pertama oleh Setiausaha Persekutua­n Sarawak Datuk Mansor Man dan dihadiri Pengarah Imigresen Sarawak Ken Leben sempena Hari Imigresen Malaysia 2017 Peringkat Negeri di sini, semalam.

Menurut Haryani, idea untuk mencipta produk berkenaan lahir apabila ramai kalangan yang membuat aduan menghadapi kesukaran untuk mendapatka­n gambar bayi dan kanak-kanak bagi tujuan pasport.

Katanya, malah ada antara ibu bapa yang terpaksa pergi ke kedai gambar kerana anak mereka agak sukar mendapatka­n gambar di jabatan.

Namun kini katanya, ibu bapa tidak perlu gusar lagi memandangk­an MARS Mirror berkenaan mesra kanakkanak yang memudahkan mereka.

“Bagi tujuan itu, ketua pengarah jabatan telah mempersetu­jui untuk mengedarka­n 70 unit MARS Mirror di kesemua 70 pejabat pengeluar pasport di seluruh negara.

“Kita akan mengedarka­n ia mulai bulan ini iaitu sebanyak lapan unit terdahulu, iaitu empat unit di Sarawak dan empat unit di Semenanjun­g.

“Di Sarawak unit pertama adalah di ibu pejabat jabatan di Bangunan Sultan Iskandar di sini sementara tiga unit masing-masing di cawangan Pusat Transforma­si Bandar (UTC) di Kuching, Sibu dan Miri,” katanya.

Sementara selebihnya kata Haryani akan diagihkan mulai tahun depan dan berharap kesemua 70 pejabat dapat menerimany­a.

Tambah Haryani proses untuk melahirkan produk dengan sepenuhnya mengambil masa hampir setahun oleh kumpulan mereka yang dianggotai 10 ahli dan kini akan dibuat di kilang tempatan.

Kos bagi setiap unit MARS Mirror adalah RM2,350.

Kumpulan IMISAR telah menerima beberapa anugerah pada pertanding­an inovasi termasuk Anugerah Inovasi Ketua Menteri Sarawak sempena Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Negeri dan Kategori Kumpulan Paling Aktif MPC Kebangsaan 2017.

 ??  ?? PELANCARAN: Haryani (dua kiri) menunjukka­n kaedah penggunaan MARS Mirror kepada Mansor (dua kanan) sambil disaksikan Ken (tiga kanan) dan Timbalan Pengarah Imigresen Negeri, Hamfatulla­h Syawal Hamdan (kanan).
PELANCARAN: Haryani (dua kiri) menunjukka­n kaedah penggunaan MARS Mirror kepada Mansor (dua kanan) sambil disaksikan Ken (tiga kanan) dan Timbalan Pengarah Imigresen Negeri, Hamfatulla­h Syawal Hamdan (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia