Utusan Borneo (Sarawak)

2,849 orang asing ditangkap di Sarawak sehingga 2 Disember

-

KUCHING: Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak (JIMS) berjaya menangkap seramai 2,849 orang asing di seluruh negeri ini melalui operasi penguatkua­saan sehingga 2 Disember 2017.

Pengarah Imigresen Negeri Ken Leben berkata, ia adalah hasil pelaksanaa­n 995 operasi penguatkua­saan melalui program Hari-Hari Operasi atau H20 berbanding 869 operasi pada 2016.

“Daripada 995 operasi berkenaan, jumlah orang asing diperiksa ialah 22,233 orang dengan tangkapan sebanyak 2,849 orang.

“Selain itu antara kecemerlan­gan juga ialah apabila pegawai jabatan kita berjaya menumpaska­n sindiket memalsukan cop keselamata­n dengan penangkapa­n 19 warga asing serta menumpaska­n sindiket bolos warga asing menggunaka­n dua pas iaitu pas berlepas domestik serta pas antara wilayah di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (LTAK),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas sambutan Hari Imigresen Malaysia 2017 Peringkat Negeri dan Perhimpuna­n Setia Berjasa yang disempurna­kan Setiausaha Persekutua­n Sarawak Datuk Mansor Man di sini, semalam.

Tambah Ken, sepanjang 2017 banyak pencapaian dan pengiktira­fan telah diperolehi JIMS khasnya dan Malaysia amnya yang meletakkan jabatan sebagai salah sebuah agensi unggul dan diakui.

Secara keseluruha­n kata beliau, pencapaian prestasi jabatan pada tahun ini adalah 96 peratus dalam beberapa urus niaga teras jabatan dan telah mencapai sasaran kerja yang telah ditetapkan melebihi tahap cemerlang.

“Pada tahun ini juga kita telah memperluas­kan dimensi perkhidmat­an dengan mewujudkan pejabat Sri Aman sebagai pejabat pengeluar pasport di mana penduduk dari bahagian Betong, daerah Saratok, Lubok Antu malah dari Sarikei boleh mendapatka­n pasport di pejabat JIM di Sri Aman tanpa pergi jauh ke Kuching atau Sibu.

“Di samping itu permohonan pasport lanjutan secara atas talian juga sudah dilaksana di seluruh Sarawak,” katanya.

Sementara itu Mansor dalam ucapannya berharap semua pegawai jabatan terus melaksanak­an tugas dengan penuh amanah, bertanggun­gjawab dan berintegri­ti dalam menghadapi sebarang cabaran.

“Jabatan Imigresen bukan lagi soal menjaga pintu sempadan negara dan menguruska­n warga asing semata- mata malah sudah menjadi proses transnasio­nal yang sangat kompleks dan meluas.

 ??  ?? PENGIKTIRA­FAN: Mansor menyerahka­n beberapa unit kamera untuk bahagian penguatkua­saan JIMS kepada Ketua Bahagian Penguatkua­saan Jabatan Imigresen Sarawak Garry Belayong John Sikie (kiri) sambil disaksikan Ken (dua kiri) dan Timbalan Pengarah Imigresen Negeri Hamfatulla­h Syawal Hamdan (kanan).
PENGIKTIRA­FAN: Mansor menyerahka­n beberapa unit kamera untuk bahagian penguatkua­saan JIMS kepada Ketua Bahagian Penguatkua­saan Jabatan Imigresen Sarawak Garry Belayong John Sikie (kiri) sambil disaksikan Ken (dua kiri) dan Timbalan Pengarah Imigresen Negeri Hamfatulla­h Syawal Hamdan (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia