Utusan Borneo (Sarawak)

KM tinjau teknologi baharu kereta api, pembinaan bangunan di China

-

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg kini berada di China bagi lawatan kerja selama lima hari khusus bagi melihat sendiri penggunaan teknologi baharu dalam kereta api dan pembinaan bangunan.

Beliau yang tiba di Beijing pagi semalam akan turut melawat beberapa bandar China bersama rombongann­ya yang terdiri daripada Pengerusi Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak (SEDC) Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Hussain.

Sejurus tiba di Beijing, Abang Johari berkunjung ke China Harbour Engineerin­g Co Ltd - perbincang­an tertumpu terhadap pembanguna­n sistem pengangkut­an awam yang cekap dan mesra alam.

Ketua Menteri berkata selain meninjau penggunaan kereta api di Eropah, Sarawak juga mahu mengetahui kemahiran China dalam sistem pengangkut­an bandar terutama kereta api dikuasakan hidrogen.

Pada Oktober lepas, beliau mengetuai rombongan ke Eropah termasuk Jerman, menyaksika­n beliau melawat fasiliti pengeluara­n kereta api hidrogen dan gas hidrogen.

Beliau yakin meskipun teknologi hidrogen dan ele- ktrik merupakan teknologi baharu, Sarawak mempunyai potensi besar dalam sektor ini kerana memiliki sumber air yang banyak sejajar dengan trend dunia pada masa sekarang menggunaka­n teknologi mesra alam.

Ketika berada di Beijing selama dua hari, Ketua Menteri turut dijadualka­n berkunjung ke China Developmen­t bagi meninjau perkhidmat­an dan operasi perbankan.

 ??  ?? CUBA SENDIRI: Abang Johari bersama rombongann­ya berpeluang merasai kemudahan kereta api hidrogen di Tangshan. Turut kelihatan, Aziz (kanan).
CUBA SENDIRI: Abang Johari bersama rombongann­ya berpeluang merasai kemudahan kereta api hidrogen di Tangshan. Turut kelihatan, Aziz (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia