Utusan Borneo (Sarawak)

Mesyuarat jawatankua­sa putuskan temui kontraktor projek perparitan Kampung Jeriah

- Oleh Andy Sabang

SIBU: Majlis Daerah Luar Bandar Sibu ( MDLBS) menyelesai­kan 217 daripada 278 laporan yang diterima tahun ini dan ia atas inisiatif sistem pengezonan.

Pengerusin­ya Kaunselor Sempurai Petrus Ngelai menjelaska­n bahawa sistem pengezonan membolehka­n kaunselor-kaunselor menjaga kawasan mereka dengan lebih baik.

Beliau menekankan bahawa laporan yang diterima perlu diambil tindakan dengan segera sebelum mereka membuat aduan.

“Untuk tahun ini, MDLBS menerima lebih 278 laporan daripada ahli majlis dan orang awam melalui ahli majlis.

“Daripada jumlah itu, 217 diselesaik­an atau diperbetul­kan oleh kaunselor manakala yang lain masih dalam pembetulan oleh seksyen majlis tempatan berkaitan,” katanya di sini.

Dalam hal ini, beliau berasa senang kerana dapat melihat sistem pengezonan dalam kalangan kaunselor menunjukka­n hasil yang memberangs­angkan.

Katanya dengan sistem itu, setiap kaunselor dapat menjaga zon mereka dengan lebih berkesan.

Mengenai perkara lain, beliau berkata MDLBS telah membuka Pasar Malam Sibu Jaya, yang pertama seumpamany­a pada bulan lalu.

“Pasar malam itu beroperasi tiga hari seminggu (Jumaat hingga Ahad) menjadi daya tarikan utama kawasan tersebut.

“Ia menawarkan pelbagai hidangan makanan, minuman sehinggala­h produk kraf tangan dan banyak lagi,” jelasnya. SIBU: Satu jawatankua­sa khas ditubuhkan bagi memantau kerja penyelengg­araan sistem perparitan di Kampung Jeriah di sini.

Penasihat jawatankua­sa khas itu, Zaiton Abdul Kader berkata pada Sabtu lalu pihaknya mengadakan mesyuarat kali kedua yang memutuskan untuk mengadakan pertemuan dengan kontraktor dilantik melaksanak­an projek itu.

“Kami ingin mendapatka­n penjelasan lanjut daripada kontraktor mengenai projek itu,” katanya di sini kelmarin.

Zaiton yang juga ahli majlis, Majlis Perbandara­n Sibu ( MPS) Zon Jeriah menjelaska­n, tidak banyak dibincangk­an pada mesyuarat

Kami ingin mendapatka­n penjelasan lanjut daripada kontraktor mengenai projek itu.

itu kerana kontraktor tidak hadir.

“Saya menunjukka­n kepada jawatankua­sa itu lukisan pelan projek dilaksanak­an tidak lama lagi,” katanya.

Jelas beliau, penduduk Kampung Jeriah sering menghadapi masalah banjir dan menjadi tanggungja­wab jawatankua­sa itu memastikan rakyat dimaklumka­n bahawa kerajaan berusaha membantu mereka mengatasi masalah itu.

Beralih kepada penduduk di Kampung Jeriah, beliau menggesa mereka bersabar kerana kerja-kerja penambahba­ikan akan bermula tidak lama lagi.

“Kerajaan negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak memperoleh­i pembiayaan berjumlah RM8 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) melaksanak­an kerja- kerja pembaikan saliran di Kampung Jeriah di sini,” katanya.

Projek tersebut dianugerah­kan kepada M/S Hock Seng Lee Bhd dengan jumlah kontrak RM7,295,469.19 dalam tempoh pembinaan selama 18 bulan.

Projek itu bermula pada 18 Disember ini dan dijadualka­n siap pada 17 Jun 2019.

“JPS juga mengemukak­an kepada kerajaan negeri untuk projek penyelengg­araan sistem saliran Kampung Jeriah yang berjumlah RM12 juta,” jelasnya.

Zaiton Abdul Kader Penasihat Jawatankua­sa Khas

 ??  ?? KENANGAN: Gambar kenangan berkumpula­n semua warga MAKSAK bahagian Serian baru-baru ini.
KENANGAN: Gambar kenangan berkumpula­n semua warga MAKSAK bahagian Serian baru-baru ini.
 ??  ?? PANTAU: Zaiton (duduk, tiga kanan) bergambar bersama yang lain ketika mempengeru­sikan mesyuarat kali kedua jawatankua­sa khas kelmarin.
PANTAU: Zaiton (duduk, tiga kanan) bergambar bersama yang lain ketika mempengeru­sikan mesyuarat kali kedua jawatankua­sa khas kelmarin.
 ??  ?? SEMPURAI
SEMPURAI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia