Utusan Borneo (Sarawak)

Perarakan Krismas terbesar di Miri dijangka himpun 45,000 peserta

-

MIRI: Perarakan Krismas edisi ke-10 tahun ini berlangsun­g pada 9 Disember ini ( malam Sabtu) bakal menghimpun­kan seramai 45,000 peserta daripada 20 gereja sekitar Miri.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri ( MBM) Adam Yii berkata perarakan itu mendapat sambutan dan disertai pertubuhan keagamaan (Kristian) dan masyarakat berbilang bangsa.

“Dengan jumlah penyertaan agak tinggi tahun ini, kami mengingatk­an peserta dan orang awam menyaksika­n perarakan itu supaya jangan membuang sampah merata-rata.

“Sebaliknya, amalkan kebersihan dengan membuang sampah di tong-tong sampah disediakan di setiap penjuru Dataran Kipas Miri sepanjang acara ini,” katanya.

Menurutnya, dalam berseronok menyaksika­n perarakan Hari Krismas nanti, tunjukan rasa hormat terhadap alam sekitar dan persekitar­an dengan menjaga kebersihan, jangan meludah sembaranga­n dan buang sampah anda merata-rata.

Beliau berkata, walaupun MBM menyediaka­n pasukan pembersih namun menjaga kebersihan merupakan tanggungja­wab dan amanah semua lapisan masyarakat bagi memastikan bandar raya ini kekal bersih dan indah.

Sementara itu, peserta akan mengadakan raptai sempena perarakan malam Jumaat (8 Disember) sebelum menjelang acara sebenar pada malam Sabtu bagi memastikan persiapan berjalan lancar dengan ujian lampu diadakan ke atas pokok Krismas gergasi.

“Pada tahun ini kita amat berbangga mempertont­on pokok Krismas gergasi setinggi 42 kaki, tertinggi pernah kita buat dan penduduk di sini termasuk pelancong dialu-alukan melihat kecantikan­nya,” jelas beliau.

Seperti ditetapkan jawatankua­sa penganjur, Perarakan Krismas 2017 Peringkat Bahagian Miri bermula di Dataran Kipas Miri dengan pelancaran rasmi dilakukan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Dari Dataran Kipas Miri, perarakan melalui Jalan Sylvia, Jalan Brooke, Jalan Kingsway, Jalan Puchong, Jalan Padang, Jalan Melayu, Jalan Nahkoda Gampar, Jalan Cina, Jalan Bendahara, Jalan North Yu Seng, Jalan South Yu Seng, Jalan Merpati, Jalan Kipas dan kembali semula ke Dataran Kipas Miri.

Serentak dengan itu semua laluan terbabit ditutup kepada lalu lintas bermula jam 5 petang.

“Sehubungan itu, saya ingin mengingatk­an peserta perarakan supaya datang awal di Dataran Kipas Miri dan meletakkan kenderaan di tempat betul dan selamat bagi mengelak kesesakan,” katanya.

 ??  ?? GAH: Pokok Krismas gergasi setinggi 42 kaki ditaja khas Kumpulan Syarikat Samling.
GAH: Pokok Krismas gergasi setinggi 42 kaki ditaja khas Kumpulan Syarikat Samling.
 ??  ?? BERSEDIA: Adam (duduk, tengah) dan jawatankua­sa penganjur sempena mesyuarat peringkat akhir persediaan Perarakan Krismas 2017 di Miri.
BERSEDIA: Adam (duduk, tengah) dan jawatankua­sa penganjur sempena mesyuarat peringkat akhir persediaan Perarakan Krismas 2017 di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia