Utusan Borneo (Sarawak)

Hujan: Penduduk merungut kawasan Pantu Mali sering digenangi air

-

SERIAN: Peranan MAKSAK adalah sangat penting dalam menjaga kebajikan dan hal ehwal penjawat awam.

Demikian ujar Pengerusi MAKSAK Wanita Bahagian Serian Sedu Talek pada jamuan minum petang yang diadakan di Dewan Sri Jati, minggu lepas di sini.

“MAKSAK penting dalam memacu pembanguna­n fizikal yang sihat dalam kalangan para penjawat awam.

“Sejajar dengan itu juga, pelbagai program telah dirancang untuk dijalankan pada 2018,” katanya.

Antara program yang akan diadakan termasuk ceramah kesedaran berkaitan kesihatan wanita, pertanding­an gubahan bunga, lawatan sambil belajar, majlis makan malam tahunan MAKSAK dan banyak lagi.

Beliau juga berharap se- mua ahli MAKSAK yang hadir turut menyumbang sumbangan dari segi tenaga dan masa dalam penyertaan setiap aktiviti MAKSAK yang dirancang kelak.

Ia adalah bagi menyemarak­kan lagi peranan MAKSAK.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah bekas Pengerusi MAKSAK Wanita Bahagian Serian Francesca Bawing Bilong. KANOWIT: Penduduk di sini merungut setiap kali cuaca hujan atau air pasang besar menyebabka­n kawasan Pantu Mali, Jalan LukutPenyu­lau menuju ke pekan kanowit digenangi air.

Masalah itu timbul dipercayai akibat sistem perparitan di kawasan berhampira­n tidak sempurna sehingga menyebabka­n air hujan melimpah ke jalan raya sekali gus menyebabka­n jalan raya di kawasan itu tidak dapat dilalui kenderaan kecil.

Jalan terbabit menjadi penghubung utama penduduk pekan Kanowit terutama komuniti pergi dan balik setiap hari bekerja ke Sibu.

Bagaimanap­un, jalan raya di kawasan Pantu Mali mudah terjejas apabila musim hujan menyebabka­n ia digenangi air setinggi dua kaki dan sepanjang kira-kira 30 meter.

Seorang penduduk hanya dikenali Johnny berkata, dia terpaksa berpatah balik menggunaka­n jalan alternatif lebih jauh ke Sibu pagi semalam.

“Saya bukan merungut dan bimbang sampai ke pejabat lewat tetapi kerana tiada tindakan diambil oleh pihak berwajib menangani masalah itu,” katanya.

Beliau berkata, seorang daripada rakannya memandu kereta turut mengalami nasib sama kerana terpaksa berpatah balik selepas meredah air di situ.

“Saya difahamkan nombor plat kereta rakan saya juga hilang selepas meredah air di situ kelmarin,” katanya semalam.

Katanya, pernah sebuah kereta saudaranya terkandas di situ pada waktu malam Hari Gawai Dayak tahun lalu selepas enjin kereta ‘mati’ akibat tersekat di jalan raya digenangi air.

Johnny juga mencadangk­an sama ada paras jalan raya di kawasan itu dinaikkan atau membina sistem perparitan lebih efisien dan berkesan.

“Saya yakin masalah itu dapat diselesaik­an sekiranya ada tindakan segera pihak berkuasa tempatan ( PBT) atau pihak terbabit mengesan punca masalah itu,” katanya.

 ??  ?? SELESAIKAN SEGERA: Jalan raya di kawasan Pantu Mali, Jalan Lukut-Penyulau hanya dapat dilalui kenderaan lebih besar ketika digenangi air pagi semalam.
SELESAIKAN SEGERA: Jalan raya di kawasan Pantu Mali, Jalan Lukut-Penyulau hanya dapat dilalui kenderaan lebih besar ketika digenangi air pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia