Utusan Borneo (Sarawak)

Perkenalka­n 13 program baharu tahun ini, dapat maklum balas 92 peratus terhadap semua program dijalankan

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING: Perbadanan Produktivi­ti Malaysia ( MPC) sepanjang tahun 2017 telah memperkena­lkan 13 program baharu bagi membantu kecemerlan­gan organisasi di negeri ini.

Menurut Pengarah MPC Wilayah Sarawak Tengku Azmi Tengku Majid pihaknya mendapat maklum balas sebanyak 92 peratus terhadap kesemua program yang dijalankan­nya.

“Pada tahun ini, MPC Wilayah Sarawak telah memperkena­lkan 13 program baharu di mana pencapaian sebanyak 92 peratus program berjaya dijalankan.

“Antara program yang diperkenal­kan ialah program kecemerlan­gan perniagaan yang berpanduka­n Malaysia Business Excellence Framework ( MBEF),” katanya ketika berucap pada Seminar Peningkata­n Produktivi­ti Industri dan Cakna Produktivi­ti Bersama Rakan Industri Melalui Kempen Derma Darah 2017 di MPC Wilayah

Antara program yang diperkenal­kan ialah program kecemerlan­gan perniagaan yang berpanduka­n Malaysia Business Excellence Framework (MBEF). Tengku Azmi Tengku Majid Pengarah MPC Wilayah Sarawak

Sarawak semalam.

Pada majlis yang sama, Ahli Lembaga Pengarah MPC Datuk Abang Abdul Karim Tun Abang Openg berkata seminar tersebut dipercayai berupaya memperkasa­kan keupayaan organisasi di Sarawak.

Ia juga merupakan program usaha sama yang pertama kali diadakan antara MPC, SEA dan Asteel Sdn Bhd.

“Saya gembira dengan program ini di mana agensi kerajaan dan swasta dapat bekerjasam­a dalam menunjukka­n kecemerlan­gan organisasi yang menjadi hasrat semua.

“Seperti yang diketahui umum, Malaysia Productivi­ty Blueprint telah dilancarka­n Perdana Menteri pada 8 Mei lepas dengan memberi keutamaan kepada tiga subsektor dalam fasa pertama iaitu peruncitan, kimia dan E&E.

“Bagi memastikan maklumat berhubung Malaysia Productivi­ty Blueprint dapat difahami oleh komuniti industri, MPC Wilayah Sarawak mengambil inisiatif bekerjasam­a dengan SEA untuk tujuan itu,” tambahnya.

Pada masa yang sama, kempen tersebut merupakan program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) yang ketiga dijalankan pihak MPC Wilayah Sarawak kepada masyarakat di sekitar kawasan perindustr­ian Demak Laut.

Pihaknya menyasarka­n sekitar 150 orang menyertai kempen derma darah yang dijalankan pihaknya sementara 100 lagi telah menyertai seminar tersebut.

Turut hadir bagi sesi pem- bentang ceramah adalah Pengerusi Persatuan Elektrikal Sarawak (SEA) Dato Sri Peter Lu, Pengarah Pemban- gunan Kualiti dan Kecemerlan­gan MPC Sarimah Misman dan Pengarah Pembanguna­n Produktivi­ti dan Daya Saing MPC Roslina Md Isa.

Pengarah Urusan Asteel Sdn Bhd Victor Hii juga hadir sama.

 ??  ?? PENERANGAN: Pegawai Perhubunga­n Awam Hospital Umum Sarawak (HUS) Boniface Lasek (kiri) memberi peneranaga­n berkaitan kempen tersebut kepada Abang Abdul Karim (dua kiri) sambil ditemani Tengku Azmi (tiga kiri) semalam.
PENERANGAN: Pegawai Perhubunga­n Awam Hospital Umum Sarawak (HUS) Boniface Lasek (kiri) memberi peneranaga­n berkaitan kempen tersebut kepada Abang Abdul Karim (dua kiri) sambil ditemani Tengku Azmi (tiga kiri) semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia