Utusan Borneo (Sarawak)

Bantu penjawat awam kategori B40 terbeban kos sara hidup tinggi

-

BINTULU: Presiden Kongres Kesatuan Pekerja- Pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam ( CUEPACS) Datuk Azih Muda menggesa kerajaan mengambil langkah proaktif membantu penjawat awam kategori B40 bergaji rendah yang terbeban dengan kos sara hidup semakin tinggi.

Beliau berkata, rata-rata penjawat awam berada dalam kategori B40 itu menghadapi kesulitan soal kewangan dan perbankan kerana mempunyai pendapatan rendah.

“Justeru, kerajaan perlu melakukan sesuatu membantu golongan berpendapa­tan rendah ini membolehka­n mereka bersaing serta meneruskan kehidupan lebih baik pada masa depan,” katanya pada sidang media sempena Sambutan Gala 60 Tahun Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) di sini kelmarin.

Beliau turut meminta kerajaan memberi laluan bagi rundingan menaikkan kadar elaun wilayah dan elaun perumahan wilayah bagi Sabah dan Sarawak.

Jelasnya, kali terakhir kerajaan melakukan semakan kedua- dua elaun itu sejak 20 tahun lalu dengan kadar diguna pakai masa sekarang tidak relevan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi.

“Saya memetik contoh seseorang penjawat awam gaji minimumnya RM800 sebulan mendapat sekitar 25 peratus elaun wilayah setiap bulan dikurangka­n kepada lapan peratus apabila gaji mereka dinaikkan,” ujarnya.

Menurut Azih, kedua-dua elaun itu seharusnya dinaikkan bagi mengurangk­an beban ditanggung penjawat awam khususnya kategori B40 berdepan kos sara hidup semakin tinggi.

“Kenaikan kos sara hidup semakin meningkat sememangny­a menjadi antara fak- tor penjawat awam berpendapa­tan rendah dibelenggu hutang,” katanya.

Jelasnya, kerajaan harus mengambil berat cadangan kenaikan elaun wilayah dan perumahan wilayah bagi meringanka­n beban ditanggung penjawat awam dalam kategori B40.

 ??  ?? BANTU: Azih (duduk, tengah) bersama perwakilan CUEPACS dan ahli-ahli KGBS pada sidang media di Bintulu semalam.
BANTU: Azih (duduk, tengah) bersama perwakilan CUEPACS dan ahli-ahli KGBS pada sidang media di Bintulu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia