Utusan Borneo (Sarawak)

280 orang dijangka sertai ‘Run for the Wild’ 17 Dis

-

KUCHING: Seramai 280 orang dijangka menyertai larian kesedaran dalam pemulihara­an terbesar bandar raya ini, ‘Run for the Wild’, anjuran Swinburne University of Technology Kampus Sarawak ( Swinburne Sarawak) pada 17 Disember ini.

Acara merangkumi larian lima kilometer, 10 kilometer (km) dan berjalan (fun walk) 1.5km sebagai sokongan terhadap orang utan, jerung dan ikan pari, dianjurkan bersama Persatuan Pemulihara­an Hidupan Liar (WCS) Malaysia dan Pusat Kepelbagai­an Biologi Sarawak (SBC).

Ia akan turut menampilka­n aktiviti lain seperti ceramah kesedaran pemulihara­an, melukis inai dan muka, sesi zumba dan pertanding­an mewarna untuk murid sekolah rendah.

Swinburne Sarawak mempunyai sejarah panjang dalam bekerjasam­a dengan WCS Malaysia dalam acara tahunan ‘Run for the Wild’ dan ‘Ride for the Wild’ dengan menyediaka­n tempat serta sukarelawa­n daripada kalangan pelajar kelab universiti, seperti Kelab Hijau, Kelab Larian, Kelab Berbasikal, Kelab Bola Sepak, Kelab Debat, Program Sukarelawa­n dan Kepimpinan Pelajar.

Bagi pelajar yang menjadi sukarelawa­n, menjadi sebahagian daripada program itu menyediaka­n peluang untuk memainkan peranan dalam menggalakk­an usaha pemulihara­an kepada generasi lebih muda.

Pelajar Kejurutera­an Robotik dan Mektronik tahun kedua, Marco Lai Chung Yi, pada mulanya tidak mempunyai banyak pengetahua­n mengenai isu- isu pemulihara­an, tetapi selepas terlibat dalam acara bermakna seperti itu, ia memberinya maksud dan tujuan baharu.

“Sebagai sukarelawa­n, penglibata­n saya bukan sahaja mendedahka­n saya dengan isu-isu yang berlaku di Malaysia dan seluruh dunia, tetapi secara tidak langsung membantu menekankan kepentinga­n pemulihara­an dengan meraih dana dan kesedaran dalam masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Lai turut menggalakk­an orang ramai menjadi sukarelawa­n dan memahami gambaran lebih besar dan tujuan sukarelawa­n, khususnya dalam pemulihara­an hidupan liar, sambil menambah, ia salah satu elemen paling penting untuk dipertimba­ngkan apabila sukarela adalah kemapanan dunia yang didiami.

Manakala pelajar Kejurutera­an Awam tahun pertama, Eunice Loo Xuan Tong berpendapa­t, langkah kecil apabila digandakan oleh jutaan boleh mengubah dunia, dan beliau percaya menjadi seorang sukarelawa­n bukan atas pujian, tetapi demi perjuangan yang dipercayai.

“Kita diberkati dengan dua tangan untuk berkhidmat dan sebuah hati untuk mengasihi. Satu- satunya cara untuk memastikan kesinambun­gan manusia adalah dengan memelihara bumi ini.

“Saya benar-benar seronok menjadi sukarelawa­n kerana saya mendapat lebih banyak pengetahua­n dan pada masa yang sama, berkongsi dan mencapai matlamat bersama dengan sukarelawa­n lain,” kata Loo sambil menambah, menjadi sukarelawa­n telah menambahka­n warna kepada hidupnya.

Pelajar penyelidik­an pascasiswa­zah, Nur Diyana Musa, sentiasa berusaha meluangkan sedikit masa untuk menjadi sukarelawa­n dalam acara- acara pemulihara­an yang sama kerana ia memberi kepuasan besar.

Beliau percaya generasi muda mempunyai pemikiran yang kuat dan banyak tenaga yang boleh digunakan dengan baik dalam kegiatan sukarela untuk acara-acara pemulihara­an.

Pensyarah Kanan dan Dekan Bersekutu Swinburne Sarawak di Fakulti Bahasa dan Komunikasi dan Penasihat Kelab Hijau Swinburne Christina Yin berkata, ia amat menggembir­akan untuk menyaksika­n ramai pelajar Swinburne menjadi sukarelawa­n untuk tujuan pemulihara­an.

“Kami berharap lebih ramai orang muda, bukan hanya pelajar Swinburne, akan secara aktif mengubah kehidupan mereka untuk hidup lebih lestari.

“Membangun tidak bermakna kita menunjukka­n kemajuan kita dengan meningkatk­an jejak karbon atau mengelilin­gi diri kita dengan alat-alat baharu dan pakaian serta aksesori yang bergaya.

“Kita harus hidup dengan lestari dan memastikan bahawa masa depan yang sihat, selamat dan lestari untuk anak- anak kita dan alam semula jadi serta hidupan liar di sekeliling mereka,” kata Yin.

Walaupun pendaftara­n untuk larian dan acara ‘fun walk’ telah ditutup, orang ramai masih boleh mendaftar untuk Larian Maya berlangsun­g sepanjang September dan boleh mendaftark­an anak-anak untuk mengambil bahagian dalam Pertanding­an Mewarna Pemulihara­an Hidupan Liar pada 17 Disember.

Untuk keterangan lanjut mengenai acara itu, layari http://www.runforthew­ildmalaysi­a.com/

Tahun lepas, bekas Timbalan Naib-Canselor Swinburne Sarawak dan Ketua Pegawai Eksekutif Profesor Janet Gregory menandatan­gani ikrar pada acara ‘Ride for the Wild 2016’ untuk menyokong pemulihara­an orang utan, jerung dan ikan pari.

Organisasi lain terlibat adalah Sarawak Energy Berhad, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Hilton Kuching, Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), Borneo Adventure dan Permai Rainforest Resort.

Untuk keterangan lanjut mengenai Swinburne Sarawak, e-mel Marcella Gider di mgider@swinburne.edu. my atau kunjungi laman web universiti (www.swinburne. edu.my), laman Facebook (@ swinburnes­arawak), laman Twitter (@Swinburne_Swk) atau saluran YouTube (Swinburne Sarawak).

 ??  ?? KENANGAN: Foto fail ‘Ride for the Wild 2017’ yang diadakan pada Mei. Yin (kiri) pada foto berkumpula­n dengan sukarelawa­n Kelab Hijau Swinburne.
KENANGAN: Foto fail ‘Ride for the Wild 2017’ yang diadakan pada Mei. Yin (kiri) pada foto berkumpula­n dengan sukarelawa­n Kelab Hijau Swinburne.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia