Utusan Borneo (Sarawak)

Briged 31 Infantri berharap capai 1,600 ahli RS S’wak

-

MIRI: Briged 31 Infantri Malaysia Rejimen Sempadan (RS) Sarawak berharap dapat mencapai keanggotaa­n seramai 1,600 ahli sehingga akhir tahun ini bagi membolehka­n ia beroperasi sepenuhnya.

Panglimany­a Brigedier Jeneral Datuk Fadzil Tajuddin berkata RS ditubuhkan pada 1 Julai 2015 di Semenanjun­g Malaysia dan diperluask­an ke Sarawak pada penghujung 2016.

Menurut beliau, sebaik diwujudkan di sini lima batalion RS menduduki kem- kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sementara menunggu kem tetap dibina.

Batalion terbabit terdiri daripada Batalion 6RS di Kem PLKN Junaco Park Sibu, 7RS di Kem Simalajau Bintulu, 8RS di Kem Sungai Rait Miri, 9RS di Kem Bumimas, Sibu Jaya dan 10RS di Kem Puncak Permai, Bau.

“Setakat ini, Briged 31 Infantri Malaysia Rejimen Sempadan Sarawak belum beroperasi sehinggala­h kami mempunyai kekuatan anggota mencukupi baharulah kami layak mengadakan operasi.

“Buat masa sekarang, keanggotaa­n seramai 1,400 orang dan berharap sehingga akhir tahun ini dapat mencapai 1,600 keanggotaa­n membolehka­n kami melakukan tugastugas tentera selain operasi sebenar,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kayuhan Ekspedisi Kenyalang 31 Briged Infantri di CIQ Sungai Tujuh, Kuala Baram di sini pagi semalam.

Hadir sama Pegawai Memerintah (PM) 8RS Leftenan Kolonel Shamsul Bahari Che Soh dan PM 7RS Leftenan Kolonel Rokaib Ahmad dan PM 9RS Leftenan Kolonel Zaidi Ahmad yang turut serta dalam ekspedisi itu.

Menurut Fadzil, seramai lima pegawai dan 30 anggota lain-lain pangkat menyertai ekspedisi anjuran 9RS itu.

Ekspedisi berlangsun­g 10 hari bermula 5 hingga 14 Disember meliputi jarak kayuhan sejauh 988 kilometer bermula dari CIQ Sungai Tujuh, Miri hingga ke Tanjung Datu, Sematan.

Fadzil berkata, ekspedisi sulung itu bagi meuar-uarkan kewujudan Briged 31 Infantri Malaysia Rejimen Sempadan yang ditubuhkan di Sarawak untuk menjaga sempadan antara Kalimantan, Sabah dan Sarawak.

“Selain itu ia juga bagi meningkatk­an semangat dan kerjasama serta semangat juang dalam kalangan anggota briged,” katanya.

 ??  ?? BERSEDIA: Fadzil (kiri) melepaskan peserta Kayuhan Ekspedisi Kenyalang 31 Briged Infantri awal pagi semalam.
BERSEDIA: Fadzil (kiri) melepaskan peserta Kayuhan Ekspedisi Kenyalang 31 Briged Infantri awal pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia