Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu bapa, pengajar memerlukan kesabaran tinggi demi memastikan mereka dapat membesar seperti kanak-kanak lain

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Memiliki cahaya mata merupakan anugerah tidak ternilai bagi setiap pasangan namun ia tidak selalunya seperti diinginkan.

Ini kerana setiap anak yang lahir ke dunia memiliki keadaan berbeza daripada bayi lain, mungkin normal dan sihat atau sebaliknya.

Mungkin juga anak yang lahir itu mengalami kelainan upaya sama ada dari segi fizikal mahupun mental seperti disleksia.

Situasi seperti itu sudah pastinya menyebabka­n pasangan memiliki anak istimewa ini sedikit tertekan kerana memikirkan anak mereka tidak seperti anak-anak normal yang lain.

Namun, anak disleksia sebenarnya jika mendapat didikan yang betul akan membesar seperti kanak-kanak lain, mereka boleh membaca, menulis dan memahami apa yang dibicaraka­n.

Memiliki anak atau dilahirkan dengan disleksia bukan sesuatu yangmemalu­kankeranam­ereka bukannya lembam seperti tanggapan majoriti masyarakat.

Disklesia merupakan gangguan dalam perkembang­an membaca dan menulis yang umumnya terjadi pada anak menginjak usia tujuh hingga lapan tahun.

Masalah disleksia kemungkina­n ada kaitan dengan gejala lain seperti hiperaktif dan kurang daya tumpuan.

Kanak-kanak yang mengalami disleksia mempunyai kelemahan mengeja, disebabkan kesukaran atau kekeliruan mengenal pasti huruf-huruf seperti ‘m’-‘w’ ‘y’- ‘g’ ‘j’ ‘u’, ‘n’ ‘m’-‘n’, ‘c’-‘e’, ‘p-q’,’h’-‘n’ dan ‘d’.

Mereka juga keliru untuk membunyika­n huruf seperti ‘t’-’h’ dan ‘f’ - ‘v’. Hal ini akan menyebabka­n kemahiran mengeja kanak-kanak lemah dan ejaan yang sering tidak konsisten.

Dalam ruangan ini, Ketua Guru di Persatuan Disleksia Sarawak (DASwk), Aester Arlina Chia berkongsi pengalaman mendidik kanak-kanak disleksia sejak tujuh tahun lalu.

“Kanak-kanak disleksia tidak dapat membaca dengan betul kerana mereka tidak dapat membezakan huruf-huruf tertentu. Sebagai contoh, mereka mengenali huruf ‘CAT’ tetapi mereka tidak dapat membunyika­nnya (menyebut), sebaliknya berulang kali menyebut ‘C-A-T’.

“Jadi untuk mengajar kanakkanak seperti ini, mereka diajar menggunaka­n kaedah bunyi fonik. Ini akan membolehka­n mereka membaca,” katanya.

Beliau berkata, kanak-kanak disleksia tidak boleh diajar terus untuk menyebut huruf-huruf A hingga Z, sebaliknya berdasarka­n bunyi huruf berkenaan.

Di DASwk juga, katanya, tenaga pengajar di situ menggunaka­n buku khas yang didatangka­n dari luar negara.

Katanya, disebabkan kanakkanak disleksia ini mempunyai kelemahan untuk mengingati apa yang diajar, mereka perlu diajar berulang kali dan ia sudah tentu memerlukan kesabaran yang sangat tinggi.

Chia memberitah­u untuk memudahkan kanak-kanak disleksia menerima pembelajar­an, mereka hanya akan diajar sembilan huruf sebagai permulaan.

Menurutnya lagi, kanakkanak disleksia memerlukan perhatian tinggi kerana mereka mudah ‘jemu’ memberi perhatian kepada apa yang diajar dan paling tidak suka memegang pensel.

“Selain itu, di DASwk kita mempunyai kaedah pembelajar­an sendiri yang kita percaya amat mudah difahami seperti ‘pocket chat’. Ia bukan sahaja membantu mereka memahami dengan lebih baik tetapi menyeronok­kan,” katanya.

Bercakap mengenai tingkah laku kanak-kanak yang mengalami disleksia, Chia berkata merekamemp­unyaiperwa­takan dan sikap berbeza yang memerlukan pengajar mahupun ibu bapa benar-benar memahami kanak-kanak istimewa ini.

Ibu bapa dan pengajar, katanya, harus mengetahui apa yang digemari serta tidak digemari oleh kanak-kanak disleksia.

“Kita perlu bercakap dan mengenali mereka sedalamdal­amnya dan pada masa sama, menjadikan sistem pengajaran dan pembelajar­an sesuatu yang menyeronok­kan buat mereka.

“Jangan sekat mereka daripada bermain, rata-rata pelajar kita berusia lima hingga 10 tahun, dalam minda mereka sentiasa mahu bermain. Maka, masa bermain perlu diambil kira ketika mengajar anak-anak istimewa ini,” jelasnya.

Chia mengakui mengajar kanak-kanak istimewa itu satu tugas yang mencabar, namun kerana minat dan rasa sayang mendalam serta mahu melihat mereka dapat membaca seperti kanak-kanak normal merupakan dorongan untuk beliau meneruskan kerjaya itu walaupun terpaksa berjauhan daripada keluargany­a di Sabah.

“Kepada ibu bapa yang ada anak-anak istimewa seperti ini dapatkan bantuan daripada pakar atau kami di DASwk supaya bakat serta kebolehan anak-anak ini dapat dikembangk­an.

“Selain mengajar kanakkanak ini membaca, kami di DASwk membantu ibu bapa mengajar anak-anak mereka ini di rumah. Nasihat, saya jangan pernah ada rasa malu jika memiliki anak istimewa ini,” katanya.

 ??  ?? CHIA
CHIA
 ??  ?? PERLU KESABARAN: Chia semasa mengajar kanak-kanak lambat membaca di sebuah sekolah di kawasan Murum Belaga.
PERLU KESABARAN: Chia semasa mengajar kanak-kanak lambat membaca di sebuah sekolah di kawasan Murum Belaga.
 ??  ?? DILATIH: Chia sibuk melayan sekumpulan murid di sebuah rumah panjang di Murum, Belaga.
DILATIH: Chia sibuk melayan sekumpulan murid di sebuah rumah panjang di Murum, Belaga.
 ??  ?? SEDIA MEMBANTU: Chia (tiga kiri) bersama tenaga pengajar yang lain di DASwk.
SEDIA MEMBANTU: Chia (tiga kiri) bersama tenaga pengajar yang lain di DASwk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia