Utusan Borneo (Sarawak)

Perkukuh kedudukan PDRM pastikan isu berkaitan ketenteram­an awam sentiasa dalam keadaan terkawal

-

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mempertimb­angkan untuk memperluas­kan pengoperas­ian Pasukan Simpanan Persekutua­n (FRU) di Sabah dan Sarawak bagi menangani ancaman dari dalam dan luar negara.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata tiada anggota FRU ditempatka­n Sabah dan Sarawak ketika ini.

“Penambahan pengoperas­ian FRU di kedua-dua negeri itu adalah untuk memperkuku­h kekuatan PDRM sedia ada bagi memastikan isu-isu berkaitan ketenteram­an awam sentiasa dalam keadaan terkawal.

“Buat masa ini PDRM hanya menempatka­n sebuah aset FRU iaitu kenderaan penyembur air di markas Pasukan Gerakan Am di Sabah untuk mengawal ketenteram­an awam di sana manakala di Sarawak tiada logistik FRU yang ditempatka­n,” katanya pada sidang media selepas

Buat masa ini PDRM hanya menempatka­n sebuah aset FRU iaitu kenderaan penyembur air di markas Pasukan Gerakan Am di Sabah untuk mengawal ketenteram­an awam di sana manakala di Sarawak tiada logistik FRU yang ditempatka­n. Tan Sri Mohamad Fuzi Harun Ketua Polis Negara

sambutan ulang tahun FRU ke- 62 di Pangkalan FRU Cheras, di sini.

Ditanya mengenai jumlah keanggotan FRU sedia ada, beliau berkata PDRM mempunyai 21 trup FRU yang melibatkan kekuatan seramai 2,400 anggota di seluruh negara.

Mohamad Fuzi berkata FRU ketika ini dalam proses mengatur strategi dan pelaksanaa­n gerak kerja yang lebih teliti bagi memastikan setiap tugasan mengikut piawaian antarabang­sa yang telah ditetapkan.

“Ia dilaksanak­an selari dengan arus perubahan semasa dan demi memenuhi aspirasi rakyat Malaysia yang kini cenderung ke arah aspek keselamata­n negara dan ketenteram­an awam,” katanya.

Selain itu, Mohamad Fuzi berkata FRU juga akan dibekalkan peralatan logistik termasuk kenderaan baharu yang dilengkapi teknologi terkini.

“Ini termasuk mengambil kira persiapan yang dirancang rapi bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 yang boleh diadakan pada bila-bila masa dari sekarang,” katanya.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dan Komander FRU Datuk Wan Abdullah Ishak. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TURUN PADANG: Mazlan bersalam dan beramah mesra bersama para pengusaha ketika mengadakan kunjungan di sekitar pasar borong selepas melancarka­n Program Community Policing Pengusaha Pasar Borong Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama TURUN PADANG: Mazlan bersalam dan beramah mesra bersama para pengusaha ketika mengadakan kunjungan di sekitar pasar borong selepas melancarka­n Program Community Policing Pengusaha Pasar Borong Kuala Lumpur semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? SIMBOLIK: Mohamad Fuzi (tengah) membunyika­n loceng sewaktu perasmian Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-62 Pasukan Simpanan Persekutua­n (PSP) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pangkalan PSP PDRM Cheras, di ibu negara semalam. Turut sama Noor Rashid (kiri) dan...
— Gambar Bernama SIMBOLIK: Mohamad Fuzi (tengah) membunyika­n loceng sewaktu perasmian Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-62 Pasukan Simpanan Persekutua­n (PSP) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pangkalan PSP PDRM Cheras, di ibu negara semalam. Turut sama Noor Rashid (kiri) dan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia