Utusan Borneo (Sarawak)

Pemandu lori ditahan bawa rokok seludup RM1.2 juta

-

MELAKA: Seorang pemandu lori ditahan kerana membawa muatan 1,200 karton rokok yang disyaki diseludup dianggarka­n bernilai RM1.2 juta termasuk duti import di sini.

Timbalan Ketua Polis Melaka Datuk Sun Teoh Tia berkata suspek berusia 42 tahun ditahan ketika memandu lori muatan tiga tan dalam keadaan mencurigak­an di simpang Taman Permatang Pasir Permai Padang Temu di sini kira-kira jam 11 malam, Ahad lepas.

Beliau berkata kegiatan penyeludup­an rokok seludup tersebut dikesan Unit Risik Polis Marin Johor sebelum Pasukan Polis Marin, Wilayah Dua Melaka melaksanak­an tindakan lanjut.

“Hasil pemeriksaa­n ke atas lori tersebut, sebanyak 240 kotak ditemui dalam lori berkenaan dan pemeriksaa­n dalam semua kotak menemui 1,200 karton rokok jenama ‘Canyon Merah’.

“Rokok tersebut dipercayai dibawa masuk melalui jalan laut dari negara jiran untuk diedarkan di pasaran Lembah Klang,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Turut hadir Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Dua ACP Paul Khiu Khon Chiang dan Pegawai Pemer- intah Marin Melaka Steel Entai.

Sun berkata turut dirampas ialah lori berkenaan, dua walkie talkie, dua telefon bimbit dan anak kunci.

“Suspek mendakwa dia diupah pihak ketiga untuk membawa muatan rokok tersebut ke satu destinasi yang belum disahkan dengan bayaran RM450,” katanya.

Beliau berkata tindakan pihak ketiga mengupah suspek membawa muatan tersebut bertujuan unuk mengelak dikesan pihak berkuasa tetapi pihaknya yakin dalang utama sindiket dapat ditahan dalam masa terdekat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia