Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita warga Indonesia mengaku salah dera anak berusia setahun

-

BUTTERWORT­H: Seorang wanita warga Indonesia mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini semalam atas pertuduhan melakukan penganiaya­an sehingga menyebabka­n kecederaan fizikal kepada anak lelakinya yang berusia setahun, bulan lepas.

Tertuduh yang hanya dikenali sebagai Nisa, 26, membuat pengakuan bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.

Tertuduh didakwa mengabaika­n anak lelakinya itu sehingga menyebabka­n kecederaan fizikal di rumah mereka di Paya Lahar Kepah, Kepala Batas dekat sini pada jam 4.30 petang, 22 Nov lepas.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam itu didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak- kanak 2001 yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau keduaduany­a.

Timbalan Pendakwa Raya Roslina Idris tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh dan mahkamah kemudianny­a menetapkan 5 Jan untuk menjatuhka­n hukuman serta mendapatka­n laporan bedah siasat anak lelakinya itu.

Pada 23 Nov lepas, polis menahan wanita warga Indonesia itu yang disyaki mendera anak lelakinya itu, sehingga mengalami kecederaan parah di kepala dan lebam di badan.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang 22 Nov lepas, wanita berkenaan dan suaminya yang merupakan warga tempatan, membawa anak mereka ke Hospital Kepala Batas, dekat sini selepas tidak sedarkan diri sebelum dipindahka­n ke Hospital Pulau Pinang (HPP) kerana kritikal.

Kanak- kanak itu disahkan meninggal dunia kirakira 10.45 pagi, 27 Nov lepas selepas keadaannya semakin kritikal dipercayai akibat pendarahan otak kerana dipukul dengan benda tumpul di kepala. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia