Utusan Borneo (Sarawak)

Kadar tambang bas sekolah dijangka naik tahun depan

-

IPOH: Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia tidak menolak kemungkina­n akan menaikkan harga tambang bagi sesi persekolah­an tahun depan berikutan kos operasi yang meningkat.

Presidenny­a Mohd Rofik Mohd Yusof berkata pihaknya menjangkak­an kenaikan itu adalah RM10 bagi kawasan luar bandar, manakala RM20 bagi kawasan bandar.

“Kenaikan tersebut dilakukan berikutan pelbagai kos yang perlu ditanggung oleh pengusaha termasuk alat ganti yang naik 50 hingga 80 peratus setiap tahun selain kos penyelengg­araan.

“Kami tidak menolak kemungkina­n akan ada pengusaha bas sekolah berbuat demikian (menaikkan harga tambang) untuk membolehka­n mereka terus bernafas dan memberikan perkhidmat­an,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan Gabungan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia Kali Keenam di sin, semalam.

Ketika ini tambang bas sekolah bagi kawasan bandar adalah sekitar RM80, manakala RM60 bagi kawasan luar bandar.

Menurut Mohd Rofik, cadangan kenaikan itu bagaimanap­un perlu dibincangk­an terlebih dahulu antara pengusaha bas sekolah dan ibu bapa.

“Tambang bas sekolah kini terpulang kepada (perbincang­an) antara pengusaha bas dengan ibu bapa. Ibu bapa mempunyai ruang yang secukup-cukupnya, kalau dia rasa pengusaha ini mahal, boleh pergi kepada yang lain,” katanya.

Selain itu, katanya, harga minyak yang tidak menentu juga menjadi antara sebab kenaikan kadar tambang bas sekolah tahun depan.

Sehubungan itu, beliau mengulangi permintaan persatuan agar kerajaan memberikan subsidi minyak diesel sebanyak RM1 seliter kepada kira-kira 18,000 pengusaha bas di seluruh negara seperti yang diterima nelayan.

Mohd Rofik berkata ketika ini terdapat pengusaha yang menerima kad subsidi minyak diesel bagi membolehka­n mereka menikmati subsidi RM0.20 seliter sehingga maksimum 570 liter setiap bulan.

“Daripada 18,890 ahli persatuan, hanya 2,000 yang menerima kad subsidi itu se- takat ini. Kami juga menerima banyak aduan daripada pengusaha mengenai stesen minyak enggan menerima pembelian diesel subsidi menggunaka­n kad tersebut.

“Saya terima banyak aduan daripada pengusaha bas sekolah yang memberitah­u apabila mahu beli diesel guna kad ini, pengusaha stesen minyak kata mesin tergendala sehingga kereka terpaksa membayar mengikut harga pasaran,” katanya.

Beliau dalam pada itu, turut menyaranka­n kerajaan menyeragam­kan proses pembaharua­n lesen, cukai jalan serta pemeriksaa­n Perkhidmat­an Pusat Pemeriksaa­n Kenderaan Berkompute­r (PUSPAKOM) bagi kenderaan perdaganga­n.

Katanya tempoh tamat secara berasingan bagi setiap dokumen berkaitan menyukarka­n operasi pengusaha bas.

“Kalau boleh biarlah tamat serentak dalam tempoh setahun. Diharap agensi-agensi terlibat seperti JPJ (Jabatan Pengangkut­an Jalan), PUSPAKOM dan lain-lain melihat semula dasar ini bagi memudahkan pengusaha bas sekolah,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia