Utusan Borneo (Sarawak)

KPA jangka sedikit penurunan produktivi­ti ekoran kelembapan ekonomi global

-

KUCHING: Lembaga Pelabuhan Kuching (KPA) menjangkak­an sedikit penurunan dari segi produktivi­ti ekoran kelembapan ekonomi global.

Pengerusin­ya Datuk Awang Bemee Pengiran Ali Basah mendedahka­n bahawa pelabuhan itu mengendali­kan 8.65 juta tan kargo untuk 2017.

“Penurunan dijangka kirakira 5.6 peratus dari tahun lepas terutama kargo biasa manakala kontena berkuranga­n sedikit iaitu sebanyak 0.85 peratus, dianggarka­n mencatat 221,800 TEU (bersamaan dua puluh kaki) menjelang akhir 2017.

“Bagaimanap­un saya yakin bahawa kita akan berada dalam kedudukan lebih baik ekoran bermulanya kerja- kerja mengorek di Sungai Sarawak yang mana dana telah diperuntuk­kan serta penubuhan Zon Dagangan Bebas Digital selain pembukaan semula perdaganga­n sempadanTe­beduEntiko­ng,” katanya.

Awang Bemee berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penghargaa­n dan Penyampaia­n Sijil KPA di pejabat KPA di sini, semalam.

Sehubungan itu beliau meminta sokongan serta kerjasama yang lebih efisien bagi mencapai penghantar­an lebih baik pada 2018.

“Mari kita berusaha meningkatk­an produktivi­ti dan mencapai kecekapan operasi lebih tinggi untuk mengimbang­i kekurangan dalam hasil,” katanya.

Mengenai majlis yang diadakan, Awang Bemee berkata ia merupakan anjuran tahunan sebagai penghargaa­n serta mengiktira­f kakitangan KPA yang lama berkhidmat serta akan bersara pada tahun ini.

“Pada tahun ini terdapat 21 kakitangan yang bersara,” katanya.

Sementara itu bagi kakitangan yang menerima sijil pencapaian dan kehadiran kursus yang berjaya, beliau menggalakk­an mereka terus meningkatk­an pengetahua­n serta kemahiran dari semasa ke semasa memandangk­an ia adalah penting bukan sahaja untuk pembanguna­n kerjaya tetapi kepada KPA.

“Kami menyedari bahawa pembanguna­n modal insan adalah asas membawa produktivi­ti dan perkhidmat­an lebih baik kepada pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia