Utusan Borneo (Sarawak)

Kod ‘QR’ bakal diperkenal untuk tentukan keaslian Musang King

-

KUALA LUMPUR: Keaslian durian Musang King akan dikenal pasti pada masa akan datang melalui penggunaan teknologi ‘Radio-Frequency Identifica­tion’ (RFID) yang akan membezakan­nya daripada durian biasa, Dewan Negara diberitahu semalam.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata durian- durian itu akan diberikan Kod ‘QR’ bagi memastikan keaslianny­a.

Katanya, kaedah pengesanan menerusi RFID itu kini telah diguna pakai untuk pengedaran sarang burung walet apabila setiap sarang akan mempunyai kodnya sendiri bagi tujuan mengenal pasti dari mana ia dikeluarka­n.

“Sehubungan itu, setiap durian Musang King dan durian lain pada masa depan akan diberi kod ( QR Code). Kod itu membolehka­n orang ramai mengimbasn­ya menerusi telefon bimbit.

“Di China, durian banyak datang dari Thailand tapi apabila ada QR Code maka lebih mudah untuk mengenal pasti negara yang mengekspor­t durian tersebut, QR Code ini penting untuk memastikan keasilan durian itu,” katanya semasa menjawab soalan Senator Datuk Abdul Rahman Mat Yasin pada persidanga­n Dewan Negara semalam.

Ahmad Shabery berkata setakat ini kira-kira 23,700 hektar tanah daripada keseluruha­n 66,000 hektar tanah untuk tanaman durian di seluruh negara ditanam dengan durian jenis Musang King, manakala 569,087 pokok daripadany­a 1.5 juta pokok durian yang didaftarka­n adalah pokok durian Musang King. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia