Utusan Borneo (Sarawak)

UMNO, BN tiup semangat kesamarata­an, kata Salleh

-

KUALA LUMPUR: Asas penubuhan UMNO dan Barisan Nasional (BN) adalah berlandask­an susunan yang memberi faedah bersama dan memberikan bukan Melayu peluang bersuara yang sama, kata Bendahari UMNO Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Salleh yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata hanya UMNO dan BN yang boleh meniup semangat kesamarata­an manakala yang lain hanya pandai bercakap tetapi tidak dapat melaksanak­an.

“Bagi mencapai apa yang dianggap sebagai satu susunan yang memberi faedah bersama, ia pertamanya memerlukan kesepakata­n orang Melayu, dan begitulah kisahnya bagaimana UMNO ditubuhkan yang pada mulanya merupakan satu gabungan pelbagai persatuan, pertubuhan dan pergerakan di seluruh negara,” katanya menerusi catatan di laman blog beliau, semalam.

Salleh berkata apabila UMNO diwujudkan, pemimpinny­a duduk berunding dengan pemimpin Cina, India dan kaum etnik lain untuk membentuk satu gabungan yang dikenali sebagai Perikatan atau Parti Perikatan.

“Gabungan inilah yang berunding dengan Inggeris untuk mendapatka­n kemerdekaa­n, dan sebahagian daripada intipati perjanjian kemerdekaa­n itu, antara lain, menyentuh isu kewarganeg­araan untuk penduduk bukan Melayu yang sekali gus menyaksika­n peratusan majoriti Melayu berkuranga­n ke sekitar 50 peratus daripada penduduk keseluruha­n di negara ini.

Salleh berkata ia merupakan satu pengorbana­n besar atau pengorbana­n yang wajar dilakukan oleh bangsa Melayu bagi menunjukka­n kepada kaum bukan Melayu bahawa KUALA LUMPUR: Pusat Dagangan Dunia Putra membuka tirainya kepada 5,739 anggota perwakilan UMNO yang berkampung bagi mengikuti Perhimpuna­n Agung terakhir parti itu sebelum menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Seperti kelazimann­ya, hari pertama perhimpuna­n itu akan menyaksika­n anggota perwakilan menghadiri majlis taklimat tertutup Presiden UMNO yang mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual menyampaik­an amanatnya termasuk tentang persiapan PRU14. mereka adalah rakan setara dalam perjuangan menuntut kemerdekaa­n.

“Tidak seperti di kebanyakan negara-negara Asia yang lain, perjuangan kemerdekaa­n di Malaysia dilancarka­n secara aman tanpa sebarang pertumpaha­n darah yang mengambil masa 11 tahun proses perundinga­n dari tahun 1946 hingga 1957, dan UMNO memastikan supaya rundingan bukan sahaja membabitka­n kaum Melayu tetapi juga memasukkan kaum Cina, India dan etnik lain,” katanya.

Salleh berkata untuk UMNO kekal selama 71 tahun dan Perikatan atau sekarang dipanggil Barisan Nasional selama 65 tahun, memperliha­tkan terlalu sedikit perkongsia­n di manamana di dunia ini yang boleh meniru pencapaian tersebut.

“Inilah yang menjadikan Malaysia yang kita lihat pada hari ini,” katanya. — Bernama

Perhimpuna­n Agung UMNO 2017 bermula

Acara penting pada hari pertama perhimpuna­n itu turut melibatkan perasmian serentak tiga sayap UMNO iaitu pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri bagi menyuntik kesiagaan dalam menghadapi PRU14.

Selain itu, Laman Media yang menempatka­n wakilwakil media yang membuat liputan sepanjang perhimpuna­n agung UMNO dan mini konvesyen penerangan parti juga akan dirasmikan semalam.

Perhimpuna­nAgungUMNO 2017 akan berlangsun­g sehingga 9 Dis ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia