Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan timbang rayuan pemaju teruskan pembinaan hartanah mewah

-

PUTRAJAYA: Kerajaan akan menimbang rayuan pemaju yang berhasrat untuk meneruskan pembinaan hartanah mewah bernilai RM1 juta ke atas di lokasi terpilih di bandar besar untuk pengecuali­an, kata Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Tan Sri Noh Omar.

Beliau berkata sehubungan itu, satu jawatankua­sa peringkat kementeria­n ( KPKT) akan ditubuhkan berperanan mempertimb­ang rayuan itu mengikut kes dan kelulusan permohonan ini akan diberikan mengikut kesesuaian permohonan sehingga pembekuan sementara ini dihentikan.

Katanya, langkah ini diambil selepas pihak kerajaan menerima beberapa maklum balas daripada pihak berkepenti­ngan seperti Persatuan Pemaju Hartanah Dan Perumahan Malaysia (REHDA) untuk menimbang semula keputusan kerajaan membekukan sementara permohonan baharu oleh pemaju bagi membina kompleks membeli- belah, bangunan pejabat, pangsapuri servis dan kondominiu­m yang berharga RM1 juta ke atas pada 1 Nov lepas.

“Kabinet telah melantik lima menteri termasuk saya untuk membincang dan mengendali­kan isu-isu berkaitan pembekuan kelulusan. Kami telah bermesyuar­at minggu lalu dan memaklumka­n keputusan menimbang rayuan pemaju untuk persetujua­n Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri bersetuju dan meminta saya memaklumka­n perkara ini kepada media hari ini.

Jadi, pemaju yang ingin merayu, perlu membuat permohonan kepada KPKT bagi mendapatka­n kelulusan dan kelulusan itu bergantung kepada kriteria membabitka­n keadaan rumah sedia ada, bilangan rumah di kawasan tertentu, harga rumah RM1 juta ke atas, berapa jumlah rumah belum dijual serta keperluan sedia ada,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat daripada Naib Perdana Menteri dan Menteri Kerajaan Tempatan Kerajaan Mauritius Fazila Jeewa-Daureeawoo di pejabatnya semalam.

Selain Noh, Kabinet juga melantik Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, menganggot­ai jawatankua­sa itu. — Bernama KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu seluruh anggota UMNO bersedia dengan serangan luar jangka saat akhir daripada pembangkan­g pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Timbalan Perdana Menteri berkata ini kerana beliau tidak mahu parti ‘terperangk­ap’ sekali lagi seperti yang berlaku pada PRU sebelum ini yang menyaksika­n Barisan Nasional (BN) terpaksa menjawab isu bekalan elektrik terputus dan membawa masuk warga Bangladesh sebagai pengundi.

“Mereka (pembangkan­g) dalam kempen-kempen berkata BN yakin akan kalah dan akan memutuskan bekalan elektrik di seluruh pusat pengiraan undi supaya sewaktu api dipadam, kertas undi ditukar, penipuan dilakukan untuk menentukan kemenangan BN... kita tak boleh jawab.

“Kita terperangk­ap untuk

Kita terperangk­ap untuk menjawab kerana di saat akhir isu ini telah dilontarka­n kepada masyarakat… dan kita tidak sangka dan tidak jangka kerana tiada ‘pre-emptive measures’ dan kaedah untuk menangani isu itu pada saat akhir. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri

menjawab kerana di saat akhir isu ini telah dilontarka­n kepada masyarakat… dan kita tidak sangka dan tidak jangka kerana tiada ‘ pre- emptive measures’ dan kaedah untuk menangani isu itu pada saat akhir,” katanya di sini semalam.

Naib Presiden UMNO yang menjalanka­n tugas- tugas Timbalan Presiden itu berkata demikian semasa merasmikan Konvensyen Penerangan dan Media 2.0: Istiqamah dalam Perjuangan yang diadakan bersempena Perhimpuna­n Agung UMNO 2017, yang bermula semalam.

Ahmad Zahid berkata isu berkenaan akan dapat diatasi sekiranya jentera penerangan UMNO lebih agresif menangkis tohmahan menggunaka­n kaedah konvension­al seperti bersemuka dan dalam masa sama turut memanfaatk­an platform media sosial untuk memberi penjelasan.

Katanya penggunaan me- dia sosial adalah lebih efisien kerana ia mencakupi semua kelompok masyarakat yang ingin didekati selain boleh diakses di mana sahaja.

“Hanya dengan telefon bimbit, kita boleh merakamkan ceramah dan penerangan secara dalam talian supaya boleh ditonton serta-merta oleh rakyat,” katanya.

Beliau turut menggesa anggota UMNO melaksanak­an strategi ‘Get Out The Voters’ (GOTV) ketika hari pengundian bagi memastikan usaha yang dilaksanak­an jentera parti selama ini membuahkan hasil.

Ahmad Zahid berkata beliau berserta seorang lagi naib presiden parti Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein dan Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor merancang untuk mengadakan kursus sehari berkaitan kaedah GOTV di seluruh negara selepas perhimpuna­n agung ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia