Utusan Borneo (Sarawak)

TPM rasmi Laman Media Perhimpuna­n Agung UMNO 2017

-

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam merasmikan Laman Media, yang menempatka­n ruang kerja serba lengkap bagi pelbagai agensi dan syarikat penyedia berita dan maklumat yang membuat liputan Perhimpuna­n Agung UMNO 2017.

Lebih 1,800 petugas yang mewakili 75 agensi serta syarikat media cetak dan elektronik ‘berkampung’ di pusat media itu yang bertempat di Dewan Tun Razak 4, Aras 4, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini sepanjang perhimpuna­n agung UMNO bermula semalam hingga Sabtu.

Daripada jumlah itu, 61 adalah agensi dan syarikat media tempatan manakala 14 lagi merupakan media antarabang­sa yang membuat liputan perhimpuna­n terakhir UMNO sebelum menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14.

Berbanding tahun-tahun sebelum ini, Laman Media kali ini menempatka­n kesemua media cetak, elektronik dan media sosial di ruang yang sama. Ia menyediaka­n ruang kerja yang selesa dengan keluasan tiga kali ganda lebih besar berbanding lokasi di Bilik Mawar sebelum ini.

Selain kemudahan teknologi multimedia terkini, Laman Media turut dilengkapi bilik sidang media, surau dan ruang makan. — Bernama KUALA LUMPUR: Hanya dua peminjam daripada 2.8 juta peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diisytihar­kan muflis oleh institusi itu sejak penubuhann­ya pada 1997, kata Pengerusi PTPTN Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

“Perisytiha­ran muflis terpaksa dibuat setelah peminjam tidak dapat mematuhi keputusan mahkamah yang telah ditetapkan,” kata Shamsul Anuar, yang juga Pengerusi Biro Kebajikan UMNO.

Beliau berkata fakta itu sendirinya menangkis dakwaan sesetengah pihak terutamany­a pembangkan­g yang menuduh PTPTN sebagai institusi yang zalim kerana kononnya sering memufliska­n peminjamny­a.

“Berbanding dengan institusi kewangan lain yang memberi pinjaman pelajaran, PTPTN adalah institusi yang paling fleksibel, paling longgar dan paling ringan untuk berunding,” katanya di Pejabat Biro Kebajikan UMNO di sini semalam.

Mengenai peminjam PTPTN yang disenaraik­an dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS), beliau berkata ia adalah polisi biasa yang diamalkan mana- mana institusi kewangan di negara ini.

Hairan dengan suarasuara sumbang dan kurang berpuas hati apabila PTPTN mengambil tindakan tersebut walaupun ia turut dilakukan institusi lain, Shamsul Anuar berkata: “Mereka (pembang- kang) melihat isu PTPTN adalah topik utama dalam kalangan rakyat dan mereka mahu menggunaka­n isu ini untuk menarik perhatian generasi muda yang merupakan majoriti peminjam kita.”

“Cara dan trend pembangkan­g melihat PTPTN ketika ini sedikit berubah, pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli menggunaka­n PTPTN untuk menyerang kerajaan, kononnya kalau mereka menang maka PTPTN akan dimansuhka­n, namun sekarang dia pula mahu PTPTN kekal namun perlu ubah beberapa dasar,” katanya lagi.

Menyentuh mengenai isu sekatan imigresen, Shamsul Anuar berkata perkara itu bukanlah baharu malah ia selaras dengan Seksyen 22A, Akta PTPTN 1997 (Akta 566) yang membenarka­n PTPTN menyenarai hitam peminjam.

Bagaimanap­un, katanya, hanya 17 peratus atau 479,067 peminjam disenarai hitam daripada membuat perjalanan ke luar negara sehingga kini.

“PTPTN berpandang­an mereka yang ke luar negara adalah mereka yang mampu membuat bayaran balik. Buktinya sejumlah RM1.54 bilion dikutip PTPTN daripada mereka yang membuat bayaran balik selepas nama mereka disenarai hitam, “katanya dan menambah jumlah itu mampu menampung 64,000 pelajar sehingga mereka tamat pengajian. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TAKLIMAT: Zahid (duduk kiri) diberi taklimat ketika melawat Laman Media pada Perhimpuna­n Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama TAKLIMAT: Zahid (duduk kiri) diberi taklimat ketika melawat Laman Media pada Perhimpuna­n Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia