Utusan Borneo (Sarawak)

Guardiola tidak akan dikenakan hukuman

-

Abu Dhabi dilaporkan sedang menyediaka­n kontrak 300,000 pound ( RM1.65 juta) seminggu yang akan menjadikan­nya pemain dengan gaji paling tinggi dalam EPL. Jika Sterling menandatan­gani kontrak itu, ia akan melengkapk­an perubahan nasib yang menakjubka­n bagi pemain itu yang menjadi sasaran hinaan dalam media sosial ketika dia meninggalk­an Liverpool dan sekali lagi selepas penyingkir­an England dari Euro 2016. Sterling mendapati diri disasari penyokong England selepas kekalahan kepada Iceland yang memalukan dalam Euro 2016, dan dia malah melabel diri sebagai ‘ orang yang dibenci’. Musim pertama Guardiola yang bermasalah dan tanpa ala di City merupa- pi- k a n b e b a n t a m - bahan apabila Sterling berusaha untuk meninggalk­an kesan ke atas skuad yang penuh dengan penyerang berkelas dunia.

Dia muncul dari tempoh yang buruk itu berkat bantuan dari Guardiola, yang menuntut agar pemuda itu membataska­n aktiviti dalam media sosial dan sebaliknya memberi tumpuan kepada kariernya.

“Dia seorang lelaki yang baik, disayangi dalam bilik persalinan, stabil, kurang aktif dalam media sosial, lebih fokus kepada bola sepak dan kehidupan peribadiny­a. Itu adalah bagus,” kata Guardiola baru-baru ini.

Namun Guardiola enggan menerima pujian bagi kebangkita­n Sterling, sebaliknya memuji pemain itu kerana berusaha gigih dan memaksimum­kan potensi yang dia tunjukkan bersama Liverpool.

“Saya tidak menjumpai Raheem. Dia berbuat demikian di Liverpool, dia bermain dengan menakjubka­n. Itu sebabnya kenapa City membayar wang yang banyak,” katanya.

“Saya tidak rasa bersalah jika dia tidak bermain dengan baik dan pada waktu yang sama saya tidak rasa bertanggun­gjawab jika Raheem bermain dengan baik. Semua pujian adalah miliknya.” — AFP LONDON: Pengurus Manchester City Pep Guardiola tidak akan dikenakan hukuman berhubung satu kejadian selepas perlawanan yang aneh melibatkan pemain Southampto­n Nathan Redmond selepas pendahulu Liga Perdana Inggeris itu mencuri kemenangan lewat.

Guardiola bercakap penuh semangat dengan pemain tengah Southampto­n itu ekoran kemenangan 2-1 pada saat akhir oleh pasukannya pada minggu lepas dan Persatuan Bola Sepak (FA) memberi masa sehingga kelmarin untuk menjawab.

Ia pada mulanya kelihatan seperti pengurus City itu bersemuka dengan Redmond untuk merungut tentang sesuatu tetapi dia kemudian memberitah­u dia hanya memuji pemain itu. Ini kemudian disahkan oleh Redmond sendiri.

Guardiola mengakui dia tidak patut mendekati Redmond dengan cara sedemikian tetapi tidak dapat mengawal perasaan dalam keterujaan selepas Raheem Sterling menjaringk­an gol lewat.

Persatuan Media Britain melaporkan kelmarin bahawa FA menerima versi pengurus Catalan itu tentang apa yang berlaku dan tidak akan memanjangk­an perkara itu.

Guardiola telah diingatkan tentang tanggungja­wabnya dan perkara itu kini dianggap sudah tutup.

Ditanya sama ada dia menyesali insiden itu ataupun tidak, Guardiola berkata: “Ya. Saya melakukann­ya di Munich, dengan pemain lama saya (Joshua) Kimmich, saya melakukan perkara sama di Dortmund dan menyesal di sana selepas perlawanan dan juga sama sekarang.

“Saya tidak dapat mengawal diri. Saya harap saya akan bertambah baik. Apa yang saya sebut adalah apa yang saya sebut dan apa yang Nathan sebut dalam kenyataann­ya.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? Guardiola melompat kegembiraa­n selepas Sterling menjaringk­an gol kemenangan City pada aksi Liga Perdana Inggeris menentang Southampto­n di Stadium Etihad, Manchester pada 29 November lepas. STERLING
— Gambar AFP Guardiola melompat kegembiraa­n selepas Sterling menjaringk­an gol kemenangan City pada aksi Liga Perdana Inggeris menentang Southampto­n di Stadium Etihad, Manchester pada 29 November lepas. STERLING

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia