Utusan Borneo (Sarawak)

Kukuhkan kedudukan selaku pemain penting City dalam misi buru kejuaraan Liga Perdana, Liga Juara-Juara

-

LONDON: Daripada ‘orang yang dibenci’ kepada wira dalam kejayaan Manchester City mencipta rekod, Raheem Sterling sudah melangkah jauh sejak 18 bulan lalu.

Ketika Sterling tiba untuk latihan pramusim bersama City, pemain sayap England itu berdepan dengan masa depan tidak menentu di tengah cakap-cakap bahawa Arsenal mahu menandatan­ganinya sebagai sebahagian daripada perjanjian yang akan menghantar Alexis Sanchez ke Manchester.

Disebut sebagai pemain tambahan dalam perjanjian yang akhirnya berjaya dimeterai bukan tanda yang menggalakk­an bagi Sterling, yang berusaha untuk memenuhi jangkaan selepas perpindaha­nnya yang bernilai 45 juta pound (RM247.5 juta) dari Liverpool pada 2015.

Namun Sterling sudah mengubah skrip dengan begitu berkesan sekali sehinggaka­n dia sekarang sudah mengukuhka­n diri sebagai salah seorang pemain penting City tatkala mereka memburu keagungan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-Juara.

Sterling telah menjadi begitu penting kepada kejayaan City sehinggaka­n apabila pasukannya menentang Shakhtar Donetsk dalam Liga Juara-Juara pada malam ini (Rabu), dia mungkin mendapati diri dalam kedudukan istimewa direhatkan oleh Pep Guardiola menjelang perlawanan tetangga penting Ahad ini di kelab pencabar kejuaraan Manchester United (MU).

City sudah dijamin akan menamatkan cabaran selaku juara Kumpulan F dan dengan kelebihan lapan mata ke atas MU dalam liga, Guardiola mungkin akan mengutamak­an perlawanan tetangga Manchester.

Tidak ramai yang akan mengkritik Guardiola kerana membungkus Sterling dengan kapas selepas prestasiny­a yang cemerlang membantu City memenangi 13 perlawanan liga berturut- turut untuk menyamai rekod dan mencatatka­n siri tanpa kalah dalam semua pertanding­an bagi 28 perlawanan berturut-turut.

Gol kemenangan saat akhir oleh pemain berusia 22 tahun itu ketika menentang Southampto­n pada minggu lepas merupakan golnya yang ke13 dalam kempen semasa, sekali gus mengatasi jumlah gol yang dia jaring pada musim lepas dalam masa hampir empat bulan.

Gol itu merupakan gol penentuan lewat ketiganya dalam tiga perlawanan selepas memenangi perlawanan menentang Feyenoord dan Huddersfie­ld dengan jaringan yang sama.

Menyedari bahawa Real Madrid telah dikaitkan dengan Sterling pada masa lalu, City berazam untuk memastikan dia kekal di Eastlands.

Sterling ada baki dua tahun dalam kontraknya yang bernilai 180,000 pound ( RM990,000) seminggu yang dia tandatanga­ni pada 2015.

Namun pemilik City di

 ??  ?? TERUJA:
TERUJA:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia