Utusan Borneo (Sarawak)

Fabregas gembira buktikan Conte salah

-

LONDON: Pemain antarabang­sa veteran Sepanyol Cesc Fabregas gembira kerana dia sudah membuktika­n pengurus Chelsea Antonio Conte salah dan menunjukka­n dia adalah anggota pasukan juara Liga Perdana Inggeris itu yang amat diperlukan­nya.

Pemain tengah berusia 30 tahun itu – yang sudah bermain 18 kali pada musim ini berbanding hanya empat penampilan sahaja setakat peringkat sama pada musim lepas – berharap musim ini dapat menghasilk­an salah satu pingat juara yang dia belum menangi: Liga JuaraJuara.

Fabregas, anggota pasukan Sepanyol yang memenangi dua Kejohanan Eropah berturut-turut pada 2008 dan 2012, selain Piala Dunia 2010, berkata dia boleh berputus asa apabila Conte pada mulanya tidak memilihnya pada musim lepas.

“Saya tidak bermain, saya sebenarnya bukan sebahagian daripada rancangan awal Conte dan pada ketika itu, kita boleh buat dua perkara,” kata Fabregas, yang bercakap sehari sebelum perlawanan terakhir Chelsea pada peringkat kumpulan Liga Juara-Juara menentang Atletico Madrid.

“Kita boleh berputus asa dan menerima hakikat bahawa kita tidak akan menjadi sebahagian daripada pasukan atau kelab pada masa depan.

“Perkara lain ialah apa yang saya buat, tunduk kepala dan merendah diri, tunjukkan kepadanya bahawa dia salah.

“Hubungan saya dengan pengurus (sekarang) adalah hebat. Dia percaya kepada saya. Dia tahu apa sebenarnya yang saya dapat berikan kepada pasukan.”

Fabregas, anggota pasukan Arsenal yang tewas kepada Barcelona dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara 2006, akan berusia 32 tahun apabila kontraknya sekarang tamat pada 2019 dan dasar Chelsea adalah untuk hanya menawarkan kontrak selama setahun kepada pemain berusia 30 tahun ke atas.

Bagaimanap­un dia berkata dia tidak rasa seperti usianya.

“Saya hanya 30 tahun. Apakah 30? Tiada apa-apa,” kata Fabregas. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? BERDISIPLI­N: Fabregas (kiri) mengawal bola sebelum melepaskan rembatan ketika menhadiri sesi latihan menjelang perlawanan Kumpulan C Liga Juara-Juara menentang Atletico Madrid di Pusat Latihan Cobham, Stoke D’Abernon Selasa lepas.
— Gambar AFP BERDISIPLI­N: Fabregas (kiri) mengawal bola sebelum melepaskan rembatan ketika menhadiri sesi latihan menjelang perlawanan Kumpulan C Liga Juara-Juara menentang Atletico Madrid di Pusat Latihan Cobham, Stoke D’Abernon Selasa lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia