Utusan Borneo (Sarawak)

Liverpool layan kunjungan Everton pada pusingan ketiga Piala FA pada awal Januari tahun hadapan

-

LONDON: Liverpool akan melayan kunjungan seteru tetangga Everton buat kali kedua dalam masa sebulan apabila mereka menentang satu sama lain pada pusingan ketiga Piala FA pada awal Januari selepas undian dibuat kelmarin.

Liverpool – yang menewaskan Everton dalam perlawanan separuh akhir pada 2012, kali terakhir mereka bertemu dalam Piala FA – juga akan menerima kunjungan jiran mereka yang bermasalah dalam Liga Perdana Inggeris ( EPL) pada Ahad ini.

Everton mengalami waktu yang buruk dalam EPL setakat ini pada musim ini dan gagal untuk mara ke peringkat kalah mati dalam Liga Europa, tetapi mereka kini sudah melantik pakar kemandiria­n Sam Allardyce sebagai pengurus.

Menghangat­kan lagi keadaan adalah hubungan tegang antara pengurus Liverpool Jurgen Klopp dengan Allardyce, selepas Allardyce membuat kenyataan memburukka­n pengurus Jerman itu pada masa lalu.

Bagaimanap­un Klopp menawarkan perdamaian pada minggu lepas dan berharap Allardyce – yang membawa masuk bekas jurulatih dan pemain tengah Liverpool Sammy Lee untuk menyertai kakitangan­nya – berjaya dalam tugasan baharunya.

Liverpool menewaskan Everton dalam kedua- dua pertemuan mereka dalam perlawanan akhir pada 1986 dan 1989.

Rekod keseluruha­n perlawanan di antara mereka dalam Piala FA menyaksika­n mereka bertarung sebanyak 23 kali, dengan Liverpool memenangi 10 perlawanan, Everton tujuh, dan seri enam kali.

Dalam jadual lain, cabaran pertama juara bertahan Arsenal adalah kunjungan ke kelab tingkat kedua Nottingham Forest manakala pendahulu EPL Manchester City berdepan dengan perlawanan di stadium sendiri yang berpotensi rumit menentang Burnley.

Arsenal bukan satu- satunya gergasi EPL yang menentang pasukan lawan tingkat kedua kerana Manchester United akan bermain di stadium sendiri menentang Derby County manakala finalis yang tewas pada musim lepas Chelsea akan bermain di Norwich.

Beberapa kelab EPL boleh menjadi mangsa kekalahan mengejut kepada kelab- kelab kecil.

Southampto­n yang tidak konsisten bertandang ke Fulham, manakala kelab bermasalah West Ham dan Swansea masing- masing bermain di stadium kelab tingkat ketiga Shrewsbury dan pendahulu liga Kejuaraan Wolverhamp­ton Wanderers. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia