Utusan Borneo (Sarawak)

Lapan pasukan berentap merebut gelaran juara Piala Veteran MuFA

-

MUKAH: Lapan pasukan terdiri ‘orang-orang lama’ bakal berentap merebut gelaran juara pada Kejohanan Bola Sepak Terbuka Piala Veteran Persatuan Bola Sepak Mukah (MuFA) dan Felcra Berhad ( Felcra) di Padang Mesra MDDM Mukah bermula pada Sabtu ini.

Menurut laman rasmi MuFA perlawanan pertama bermula jam 4 petang.

“Format perlawanan diadakan setiap pasukan dibahagika­n kepada dua kumpulan iaitu A dan B,” katanya.

Kumpula A terdiri pasukan Pekala, Otai United, Kanatep dan Legend United.

Sementara Kumpulan B terdiri Tellian Laut, Dalat O, KLSRBFC dan Old Star FC.

Setiap perlawanan diadakan hujung minggu sahaja iaitu pada Sabtu dan Ahad.

Syarat pertanding­an pemainpema­in hendaklah berumur 40 tahun ke atas dan lahir pada 1977 dan ke bawah pada tarikh pertanding­an diadakan.

Setiap pasukan hendaklah menyenarai­kan lima pemain berumur 40 hingga 45 tahun manakala enam pemain berumur 46 tahun ke atas untuk kesebelasa­n utama pasukan.

Bagaimanap­un, kelonggara­n syarat diberikan untuk pasukan yang menyenarai­kan lebih ramai pemain berumur 46 tahun ke atas.

Pasukan juga dinasihatk­an menyenarai­kan minimum 18 orang pemain dan maksimum 22 pemain ketika pendaftara­n.

Tempoh perlawanan adalah 80 minit dan tempoh rehat dibenarkan penganjur adalah 10 minit sahaja.

 ?? — Gambar Bernama ?? Legenda tenis dunia, Nick Bollettier­i (dua kanan) pada sidang media TraintoWin di Pusat Tenis Negara, Kuala Lumpur semalam. Turut hadir Presiden ‘Lawn Tennis Associatio­n of Malaysia’ Mirzan Mahathir (dua kiri), Ketua Jurulatih Akademi Tennis Antarabang­sa Duta V. Selvam (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif ‘Malaysia Stadium Board’ Azman Fahmi Osman.
— Gambar Bernama Legenda tenis dunia, Nick Bollettier­i (dua kanan) pada sidang media TraintoWin di Pusat Tenis Negara, Kuala Lumpur semalam. Turut hadir Presiden ‘Lawn Tennis Associatio­n of Malaysia’ Mirzan Mahathir (dua kiri), Ketua Jurulatih Akademi Tennis Antarabang­sa Duta V. Selvam (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif ‘Malaysia Stadium Board’ Azman Fahmi Osman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia