Utusan Borneo (Sarawak)

Zubair tekad mempertaha­nkan gelaran Golf Remaja

-

SHAH ALAM: Juara bertahan, Zubair Firdaus tekad mempertaha­nkan gelaran pada Kejohanan Golf Remaja Antarabang­sa Ambank SportExcel ke-12 yang akan bermula semalam hingga Khamis ini, di Kelab Golf and Country Glenmarie di sini.

Zubair yang muncul juara keseluruha­n ( peringkat umur 1314 dan 15-18), optimis untuk merangkul kejuaraan keduanya pada kejohanan berkenaan walaupun bakal berdepan tentangan sengit daripada pemain lain terutama dari luar negara.

Pemain berusia 15 tahun itu berkata beliau teruja untuk beraksi di lapangan golf tersebut yang kebanyakan pemain golf bertaraf dunia pernah beraksi di sana.

“Berbanding padang golf lain yang pernah saya beraksi, saya rasa lapangan golf ini adalah terbaik dan mencabar. Saya tidak sabar untuk meraih kejuaraan kedua pada kejohanan berkenaan.

“Kebanyakan pemain rakan saya, mereka juga mempunyai prestasi yang baik. Saya hanya mahu beraksi seperti biasa dan saya rasa perkara paling mencabar kepada kesemua pemain adalah perlu konsisten beraksi di bawah cuaca panas terik,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian kejohanan itu, di sini hari ini.

Sementara itu juara bertahan kategori wanita, Ashley Lau berkata beliau tidak akan mengambil mudah cabaran daripada pemain lain, terutama rakan sepasukann­ya Winnie Ng yang muncul pemain amatur terbaik pada kejohanan Sime Darby LPGA, Oktober lepas.

Ashley, yang muncul juara dua kali pada kejohanan itu, berkata beliau akan menggunaka­n pengalaman beraksi di lapangan golf berkenaan untuk meraih keputusan cemerlang pada kali ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia