Utusan Borneo (Sarawak)

SUKSAR landasan terbaik kenal pasti bakat atlet-atlet berpotensi, kata Ong

-

KUCHING: Proses mengenal pasti bakat atlet-atlet berpotensi menjadi kriteria penting penganjura­n Sukan Sarawak (SUKSAR) dalam usaha membina pasukan kuat sebagai persiapan menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA).

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Dr Ong Kong Swee berkata atlet-atlet berpotensi akan diserap masuk menyertai kem latihan.

“SUKSAR akan diadakan di venue utama di Kuching selain Santubong dan Samarahan.

“Bukan kita sahaja menganjurk­an kejohanan sedemikian ( SUKSAR) tetapi negerinege­ri lain seperti Selangor, Sabah dan Terengganu juga menganjurk­an program sama untuk tujuan pembanguna­n sukan,” katanya ketika mempengeru­sikan mesyuarat bersama jawatankua­sa SUKSAR di sini.

Mengulas lanjut, Ong berkata SUKSAR dianggap sebagai landasan penting dalam mengenal pasti atlet- atlet berbakat.

Jelasnya, sehubungan itu jurulatih-jurulatih harus berada di tempat pertanding­an untuk memilih atlet- atlet berpotensi.

“Mereka mesti melihat dari segi potensi atlet-atlet dan tidak semestinya mereka yang memenangi pingat emas termasuk atlet-atlet muda serta boleh berkembang menjadi atlet yang baik dan berpotensi,” katanya.

Lebih 1,000 atlet dan pega- wai terlibat pada SUKSAR diadakan dalam empat zon iaitu Zon Selatan (Kuching, Serian, Samarahan), Zon Barat (Betong, Sri Aman, Sarikei), Zon Tengah (Sibu, Mukah, Kapit), Zon Utara membabitka­n Miri, Bintulu dan Limbang.

Sukan-sukan dipertandi­ngkan termasuk renang, olahraga, memanah, angkat berat, berbasikal, sepak takraw, badminton, muaythai, judo, karate, boling padang, petanque, bola baling dan ragbi.

 ??  ?? MESYUARAT: Kuching. Dr Ong ketika mempengeru­sikan mesyuarat bersama jawatankua­sa SUKSAR di
MESYUARAT: Kuching. Dr Ong ketika mempengeru­sikan mesyuarat bersama jawatankua­sa SUKSAR di
 ??  ?? TAHNIAH: Juara, naib juara dan tempat ketiga Piala PMS Sembilan Sebelah dalam satu sesi bergambar setelah tamat kejohanan petang Ahad lalu.
TAHNIAH: Juara, naib juara dan tempat ketiga Piala PMS Sembilan Sebelah dalam satu sesi bergambar setelah tamat kejohanan petang Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia