Utusan Borneo (Sarawak)

Felda United, Terengganu II sah turun Liga Perdana 2018

-

PETALING JAYA: Dua pasukan Liga Super 2017, Felda United dan Terengganu II, yang sebelum ini dikenali sebagai T-Team secara rasmi diturunkan beraksi dalam saingan Liga Perdana pada musim depan.

Perkara itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia ( FMLLP), Kevin Ramalingam susulan kegagalan Felda United mengemukak­an penyata audit yang menjadi syarat wajib bagi mendapatka­n kelulusan daripada First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Sementara Terengganu II diturunkan selepas permohonan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu ( PBSNT) untuk menstruktu­rkan kembali bola sepak Terengganu dengan menjadikan Terengganu II sebagai kelab pelapis diluluskan FMLLP.

“Perkara ini dipertimba­ngkan dengan amat serius dan Anggota Lembaga Pengarah FMLLP mencapai keputusan untuk tidak membenarka­n pasukan Felda United be- raksi dalam Liga Super 2018 kerana ketiadaan lesen untuk bertanding.

“Terengganu II pula terpaksa diturunkan kerana permohonan PBSNT untuk menstruktu­rkan kembali bola sepak Terengganu dengan menjadikan pasukan Terengganu II sebagai pasukan pelapis,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai status penyertaan Felda United dan T-Team dalam saingan Liga Malaysia (LigaM) 2018 di pejabat FMLLP di sini, semalam.

Berikutan ketiadaan Felda United dan Terengganu II dalam saingan Liga Super musim depan, Kevin berkata dua slot itu akan diisi dua pasukan daripada Liga Perdana iaitu PKNP FC dan Negeri Sembilan.

“PKNP FC dan pasukan Negeri Sembilan akan mengisi dua slot tersebut kerana kedua-dua pasukan itu mencapai kriteria untuk beraksi pada saingan Liga Super dan keputusan ini dimuktamad­kan oleh Anggota Lembaga Pengarah FMLLP,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia