Utusan Borneo (Sarawak)

Dekati etnik Sabah, Sarawak dalam program di TV1

-

PERKATAAN ‘Etnisiti’ merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Hal ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub budaya yang jelas yang menyatukan anggotanya dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama.

Menerusi program terbaharu bertajuk ‘Etnisiti’ yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 7 Disember ini, setiap Khamis, jam 4.30 petang di TV1, penonton dibawa menjelajah ke negeri di Malaysia untuk menemui kaum-kaum etnik tertentu di kawasan halaman masing-masing.

Menampilka­n gandingan hos Sean Lee dan Jaslin Puasa, fokus program 13 episod ini tertumpu kepada kepelbagai­an etnik di Sarawak dan Sabah.

Pengisian program meninjau, memerhatik­an dan cuba memahami cara hidup, aktiviti ekonomi dan budaya komuniti ini melalui ‘experienti­al learning’ iaitu dengan menginap di tempat mereka dan mengambil bahagian dalam aktiviti harian. Penonton diberi penjelasan mengenai pelbagai aspek kehidupan masyarakat etnik ini.

Kumpulan etnik di Sarawak mempunyai bahasa, kebudayaan, dan cara kehidupan yang tersendiri. Etnik di Sarawak terbahagi mengikut kawasan penempatan seperti persisiran pantai, lembah sungai, daerah pendalaman, dan kawasan tanah tinggi.

Kawasan yang paling padat dengan penduduk ialah di dataran pantai, lembah sungai di bahagian barat Kuching, dan kawasan antara Sungai Kayan dengan Sungai Mukah.

Corak penempatan dan taburan penduduk yang berselerak di Sarawak menyebabka­n mereka tidak banyak berhubung dengan orang luar.

Keadaan ini mendorong setiap kelompok etnik membentuk identiti kebudayaan masingmasi­ng mengikut persekitar­annya. Antara yang ditonjolka­n iaitu mengenai kaum Kelabit.

Mereka memberi penerangan mengenai aktiviti ekonomi, budaya, makanan dan cara hidup kaum ini. Pendedahan mengenai kaum etnik ini sebagai salah satu kaum pribumi negara ini dibuat melalui penyertaan secara langsung dalam aktiviti seharian seperti menanam padi Bario, memasak sayur tengayan dan pucuk ubi kayu, makan bersamasam­a dan penglibata­n dalam aktiviti kebudayaan iaitu tarian muzik diiringi dengan muzik sape serta memakai rantai yang diperbuat daripada manik.

Kunjungan di Kg. Long Beruang bandar Bario meninjau cara hidup komuniti etnik Penan. Mereka tinggal di rumah kampung dan mengambil bahagian dalam aktiviti memburu dalam hutan pada waktu siang dan malam untuk makanan.

Selain dari itu mereka belajar memasak makanan tradisi dengan ubi kayu.

Penonton diberi penerangan mengenai aktiviti ekonomi tradisiona­l dan budaya orang Penan serta bagaimana mereka melalui proses perubahan dari satu komuniti yang bergantung kepada hasil hutan kepada satu yang bercucuk tanam sendiri.

Seterusnya berkenalan dengan masyarakat Kaum Kayan atau Dayak yang menetap di kawasan itu. Kaum ini lebih gemar dipanggil Orang Ulu.

Hos rancangan telah disambut dengan tarian tradisiona­l. Mereka juga telah menyertai aktiviti harian kaum Kayan seperti menangkap udang dan pembikinan alat muzik ‘sape’, penyediaan jerat pijak dan masakan tapai.

Di Mukah Sarawak, penonton dibawa melihat cara hidup kaum etnik Melanau di Kampung Petanak. Kaum ini suka menetap di kawasan paya bakau berhampira­n dengan Laut Cina Selatan.

Hos juga turut menjelajah ke Kampung Mongkos, Serian untuk meninjau budaya, cara hidup dan aktiviti ekonomi kaum etnik Bidayuh. Kaum etnik ini merupakan yang kedua terbesar di Sarawak dan menginap di kawasan Barat Daya, Sarawak seperti Serian, Kuching dan Kalimantan Barat.

Episod seterusnya Jaslin Puasa dan Sean Lee, mengunjung­i satu- satunya Rumah Panjang kaum etnik Bidayuh Salako di Kampung Pueh, Semantan, Sarawak.

Mereka disambut dengan tarian ‘toh-toh’ dan bermalam di rumah panjang. Mereka telah mengambil bahagian dalam sebahagian aktiviti harian orang kampung.

Ikuti juga perkongsia­n cara hidup kaum Iban iaitu kaum etnik yang terbesar di negeri ini. Mereka disambut secara tradisiona­l oleh penduduk Kampung Sg Menyan yang terletak 35 minit dari jeti di Bandar Sibu.

Mengujakan pastinya kunjungan di Pulau Mabul di Sabah meninjau kehidupan kaum Bajau Laut melihat sebahagian aktiviti harian orang laut ini.

Di antara lain aktiviti yang telah disaksikan ialah menembak atau memanah ikan dengan menggunaka­n peralatan khas, membuat perahu, muzik dan tarian tradisiona­l seperti ‘IgalIgal’ dan makanan seperti ‘putu ubi kayu yang dimakan dengan ‘gamat’.

Mereka juga sempat melihat kanak-kanak menghadiri sekolahsek­olah ko-kurikulum yang dijalankan secara sukarela oleh NGO bagi golongan yang miskin.

Ikuti banyak lagi episod menarik mengenai etniketnik lain dalam program baharu ini hanya di TV1 setiap hari Khamis mulai 7 Disember 2017 ini.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).

 ??  ?? MENARIK: Hos menemubual salah seorang tetamu dalam program terbaru ‘Etnisiti’, akan datang di di TV1.
MENARIK: Hos menemubual salah seorang tetamu dalam program terbaru ‘Etnisiti’, akan datang di di TV1.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia